Wednesday, May 9, 2012

ADUN BN Pulau Pinang keluar Dewan kerana tak reti bahasa rupanya..


Korang baca apa penjelasan dari Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah ini.. perlu diketahui Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah seorang Melayu..

11 ADUN UMNO telah meninggalkan mesyuarat DUN hari ini kerana protes kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. “Sekiranya UMNO kembali berkuasa, kuil Hindu mungkin terancam”. 

UMNO mendakwa bahawa Ketua Menteri menyatakan sekiranya UMNO kembali berkuasa maka kuil Hindu akan dirobohkan. Ini adalah dua kenyataan yang berlainan. 

Sebenarnya yang dinyatakan oleh Ketua Menteri adalah berkaitan dengan kuil Hindu yang berusia 50 tahun yang dirobohkan oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tanpa sebarang notis pada 20 April 2012, yang dipengerusikan oleh ADUN Teluk Bahang, Dato Seri Dr Hilmi Yahaya. 

Sehingga sekarang Dato Seri Dr Hilmi enggan meminta maaf ataupun melaksanakan janji untuk membina kuil Hindu ini.

Cheong Yin Fan
Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails