Tuesday, May 1, 2012

50,000 Hadir perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' PERKASA.. tak percaya tengok video ni...


Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' di Padang Kelab Sultan Sulaiman yang diadakan hari Ahad (29 April) lalu dijangka disertai 5,000 orang.

Perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu dan acara ini dibuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya pada sidang media pelancaran perhimpunan itu..

Sebelum korang tengok jumlah hadirin yang cukup menggerunkan dalam Himpunan anjuran PERKASA diakhir entry ni.. baca dulu temuramah eksklusif bersama Ibrahim Ali ini..

UTUSAN: Kenapa Perkasa mengadakan perhimpunan ini?

IBRAHIM: Ia ada kaitan dengan latar belakang Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang antara matlamat perjuangannya adalah untuk memperkasakan institusi raja sebagai sebahagian daripada asas Perlembagaan negara di bawah Perkara 153 dan 151.

Ini kerana, kita mendapati mutakhir ini terdapat segolongan rakyat terutamanya di kalangan generasi muda yang tidak sedar bahawa institusi raja adalah sebahagian daripada sistem pentadbiran negara kita.

Mereka tidak mengetahui fungsi penting raja sebagai payung negara, lambang perpaduan dan penyumbang kepada kelangsungan kemajuan, keselamatan dan keamanan negara kita.

Golongan ini termasuk sebahagian orang Melayu sendiri sudah tidak mengetahui sejarah dan tidak menghayati lagi pentingnya institusi raja yang sudah wujud sebelum ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Malah ia telah wujud sejak zaman Hang Tuah lagi.

Orang Melayu sepatutnya menjadi contoh dan teladan bagi memperkasa, menghormati dan memuliakan institusi raja ini, tetapi ada segelintir Melayu yang berperangai tidak senonoh dengan mempersendakan institusi ini kerana kepentingan politik.

Contohnya, kalau kita ada orang Melayu namanya Azmin. Saya bukan merujuk nama ini kepada sesiapa. Kalau Azmin ini tidak reti dan tiada adab untuk menunjukkan teladan yang baik, jadi bagaimana Tian Chua ataupun Muthusamy boleh menghormatinya (institusi raja)

UTUSAN: Bukankah kedudukan raja sudah dijamin dalam Perlembagaan?

IBRAHIM:Walaupun sudah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak boleh diusik oleh sesiapa tetapi yang mendukacitakan ada segelintir kumpulan yang bukan sahaja mempersenda raja-raja malah mereka mempersendakan Islam sebagai agama rasmi. Mereka juga mempersendakan hak keistimewaan Melayu dan kedudukan bahasa Melayu.

Perhimpunan ini memberikan fokus kepada raja-raja kerana institusi ini yang banyak disasarkan, sejak wujudnya media baru.

Kita kena juga ingat bahawa apabila mereka menghina raja, ia bermakna menghina orang Melayu dan Islam kerana ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan ibarat aur dengan tebing dan ibarat daging dengan darah.

UTUSAN: Adakah perhimpunan ada kaitan dengan dakwaan pemimpin pembangkang telah mencerca raja-raja Melayu?

IBRAHIM:Memang kita buat ini ada kena-mengena dengan apa yang berlaku semasa istiadat pertabalan di Istana Negara baru-baru ini dan juga rentetan daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Kita tahu banyak perkara sensitif telah disentuh oleh pihak-pihak tertentu dan saya sendiri tidak jemu dan serik untuk berucap waktu perbahasan belanjawan ataupun titah diraja di Parlimen berkaitan Perkara 153 ini.

Kalau korang nak baca temuramah eksklusif itu sepenuhnya bacalah di Lidah Rasmi UMNO.

Sekarang saksikan.. adakah benar sasaran PERKASA iaitu 5,000 dijangka hadir tercapai??



5,000 orang?? kah..kah..kah.. itulah.. BERSIH berhimpun.. Ibrahim Ali pun nak berhimpun.. sasaran kononnya 5,000 orang tapi yang hadir.. aku rasa 500 orangpun tak ada..

Terbuka kepada semua kaum?? aku nampak hanya Melayu saja tu..

Itupun hanya Melayu yang dah selamat menjalani proses pembodohan oleh UMNO..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails