Monday, May 21, 2012

32 Anggota Polis serbu rumah Chegu Bard untuk hantar sekeping Waran..

Pengerusi SAMM yang juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rombau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam Twitter miliknya melaporkan rumahnya telah dikunjungi oleh 7 buah kereta Polis.


32 Anggota Polis tersebut menyerbu kerumahnya bukan untuk menangkap beliau tetapi hanya untuk menyerahkan waran supaya beliau hadir ke Mahkamah Jalan Duta jam 9.00 pagi esok.

Beliau telah dituduh melanggar perintah Mahkamah dan juga menghasut orang ramai dalam Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.

Aku tak faham pasal apa begitu ramai anggota olis telah dikerahkan hanya untuk menghantar waran atau arahan tersebut, adakah ianya terlalu besar dan berat untuk dibawa?

Tidakkah tindakan ini satu pembaziran wang rakyat?

Atau N9 itu terlalu aman hinggakan Anggota Polis yang ada tidak ada kerja lain untuk dilakukan?

Ini laporan dari Keadilandaily

32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok

SEREMBAN 21 Mei: Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu.

“Mereka bawa surat arahan dan minta saya tandatangan surat perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

“Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (736),” jelas beliau lagi.

“Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar.

“Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails