KUALA
LUMPUR: “Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara,
tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia
menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Shafie Apdal.
Zahida, membuat
kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal
anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam.
Bagaimanapun,
dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The
Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang
wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie.
![]() | ||
| ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri. |
“Maaf,
saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana
semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya
berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.
Ketika
ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis
olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang
sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu,
Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.
“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya
hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet.
Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.
“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.
“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.
Harian Metro


