Saturday, April 7, 2012

Video: PERKASA nak tunjuk ganas di Majlis PKR.. tapi dihalau balik..


Bila ada otak tapi tak tahu nak digunakan beginilah jadinya... dengan hanya 'T' Shirt dan topi yang diberikan percuma serta sedikit upah dan mungkin juga sebungkus nasi dan air mereka boleh diperbodohkan begitu mudah..


Aku tak hairan jika hanya golongan warga emas yang menyerbu untuk menimbulkan kekecohan di Majlis PKR ALor Setar ini kerana mereka kebanyakkannya buta internet..

Cuma yang menghairankan ialah bagaimana golongan muda turut terpedaya, mungkin golongan muda yang bodoh saja kot... pasal yang pandai tak mudah untuk diperbodohkan..

Berikut adalah petikan dari laporan Sinar Harian..

Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails