Sunday, April 22, 2012

UMNO Penang serah Tanah Wakaf kepada bukan Islam?


Banner di atas telah digantung oleh AJK Bertindak Persatuan Penduduk Taman Sejahtera, Teluk Ayer Tawar, Butterworth.

Ianya digantung sebagai membantah akan pemberian  secara percuma 18 buah rumah yang bernilai lebihkurang RM4 Juta kepada 9 keluarga penduduk Kampung Buah Pala yang tidak mahu menerima tawaran dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.  

Mereka membantah kerana menurut mereka hampir dua belas tahun mereka berjuang menuntut agar rumah yang dibeli mereka di situ disiapkan setelah terbengkalai sekian lama tapi kini demi merealisasikan janji-janji MIC dengan mudah Kerajaan Pusat memberikan rumah-rumah tersebut kepada penduduk Kampung Buah Pala.

Biarpun bantahan demi bantahan telah dibuat, memorandum demi memorandum telah diserahkan kepada Ahli Parlimen kawasan mereka namun ianya dipandang sepi..

Menurut penduduk yang membantah pemberian itu, tanah tapak kawasan Perumahan tersebut adalah tanah wakaf dan projek perumahan yang ada disitu ialah milik MAINPP.

Tujuan perumahan dibangunkan disitu asalnya ialah bagi membantu masyarakat Islam memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Majlis penyerahan kunci rumah tersebut akan dilakukan oleh Najib di USM Pulau Pinang hari ini.                                                           

Sikap Hipokrit pemimpin UMNO dalam hal tanah wakaf di Pulau Pinang sekali lagi terserlah di sini.

Kerana jika mereka sendiri memberikan secara percuma tanah wakaf tapak rumah tersebut kepada bukan Islam ianya tidak mengapa..

Tetapi apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tanah yang dalamnya pernah dirancangkan untuk dibina Masjid mereka cuba menipu rakyat Pulau Pinang dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tanah tapak Masjid dan minta tanah tersebut diwakafkan..

Memang pelarx depa ni!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails