Wednesday, April 25, 2012

Skandal Menteri : Kenapa Zahida guna Peguam UMNO?


Menurut Zuraida Kamaruddin seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, beliau telah menerima surat peguam dari Zahida semalam.

Surat bertarikh 23 April itu telah dikeluarkan oleh Peguam yang mempunyai kaitan dengan UMNO iaitu Muhammad Shafee Abdullah.

Surat tersebut memintanya agar berhenti dari terus mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut dan menyebabkan sebarang artikel disiarkan oleh pihak media.

Zuraida juga diarahkan menarik balik kenyataannya yang terdahulu serta memohon maaf kepada Zahida serta membayar gantirugi.

Gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari tindakan undang-undang akan diteruskan terhadapnya.

“Saya tidak menjangkakan akan menerima surat dari Zahida, Saya fikir Shafie sebenarnya yang mahu saman saya”

“Dan kenapa actress ini menggunakan Peguam yang punya kaitan dengan UMNO?” persoal Zuraida..

********************************************

Skandal Menteri Beri RM1.5Juta Pada Artis Akan Didedah

SHAH ALAM 25 APRIL : Saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

MP Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Katanya, beliau juga bersedia dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu yang terlibat.

Zuraida turut menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan terbabit.
“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

Selangorku

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails