Wednesday, April 4, 2012

Ummi Hafilda kata dia ada gambar Anwar dan Shamsidar di ranjang.. boleh percaya ke?


Gambar Anwar dan Shamsidar diranjang khabarnya akan menjadi ‘bom nuklear’ pertama yang bakal dilepaskan Ummi Hafilda dalam kempennya untuk menjatuhkan karier politik Anwar dan Azmin.

Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkan gambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalu mengaibkan.

Kalau dulu dikatakan mengaibkan.. sekarang idak mengaibkan ke?

Sudah-sudahlah menyebar fitnah tu Ummi. berapa kali nak recycle fitnah ni??

**************************************

Saya Tidak Akan Dedahkan Gambar ‘Itu’ Kalau Azmin Bertaubat, Kata Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR – Ummi Hafilda Ali menegaskan yang beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan gambar yang dikatakan mampu ‘menggegarkan’ karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya sendiri, Azmin Ali.

Namun menurut beliau, ia tidak mungkin berlaku sekiranya kedua-dua pihak terutama Azmin mengakui kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan.

Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkan gambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalu mengaibkan.

” Apatah lagi Azmin…dia abang saya, darah daging saya, saya tidak mahu dia diaibkan dalam keadaan begini tetapi nampaknya dia tidak serik-serik dengan perbuatannya itu.

” Saya akui mempunyai ‘gambar’ yang dimaksudkan dan boleh mendedahkannya bila-bila masa saja…tetapi sudah tentu ia tidak akan berlaku sekiranya dia (Azmin) bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.


Foto di atas pernah popular pada tahun 1998. Satu foto yang dirakamkan menggambarkan tiga watak penting, Shamsidar Tahrin (isteri Azmin Ali), Ummi Hafilda(adik Azmin Ali) dan Anwar Ibrahim(majikan Azmin Ali). 
 
Baru-baru ini laman blog suarapakatanrakyat.com melaporkan yang Ummi Hafilda mempunyai gambar isteri Azmin, Shamsidar berpelukan dengan Anwar.

Gambar tersebut khabarnya akan menjadi ‘bom nuklear’ pertama yang bakal dilepaskan Ummi Hafilda dalam kempennya untuk menjatuhkan karier politik Anwar dan Azmin.

Difahamkan gambar itu masih terang dan jelas, walaupun telah berusia lebih dari 12 tahun.

Khabarnya, ia juga telah dibuktikan tulen oleh beberapa pakar luar negara dan menanti masa yang sesuai untuk didedahkan kepada umum - http://mynewshub.my

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails