Thursday, April 19, 2012

Serang Mahasiswa: Ada Video pun Hishamuddin tak percaya lagi?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut - Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails