Saturday, April 28, 2012

Ribuan sudah menghampiri Dataran Merdeka (Video Inside)


PETALING JAYA: Jumlah orang ramai yang berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka kini sudah manghampiri ribuan orang.

“Kemuncaknya tengah hari ini sekitar jam 1 atau 2 petang,” kata Amin Iskandar, seorang aktivis ketika dihubungi.

Beliau berkata, pimpinan akan turun sejurus sebelum  jam 2 petang di kawasan-kawasan yang ditetapkan sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
 
Pihak berkuasa menutup Dataran Merdeka kepada perserta Bersih. Polis juga menutup jalan ke pusat bandaraya.

Menurut Amin lagi, orang ramai sudah mula memenuhi beberapa lokasi tertentu sejak tengah malam tadi.

“Pada jam 4 pagi bas-bas dari luar Kuala Lumpur mula sampai, manakala keretapi pula tiba jam 6 pagi.

“Sebab itu sejak awal pagi orang sudah ramai di ibu negara. Warga Kuala Lumpur dan Selangor akan
menyusul kemudian,” katanya.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails