Monday, April 2, 2012

Penyokong UMNO rupanya yang mati ketika menaikkan bendera tu.. ini buktinya..


Apabila tersiar berita tentang dua orang yang terkorban akibat terkena renjatan elektrik awal pagi semalam, dengan pantas beberapa Blog Pro UMNO membuat kesimpulan bahawa kedua-dua mereka adalah penyokong PAS.



Dengan tersiarnya tuduhan yang lebih merupakan satu fitnah itu berbagai komen dapat dibaca di Blog-Blog Pro UMNO itu..


  Berikut pula adalah print screen komen-komen yang terdapat dalam Blog yang menyambung fitnah itu..



 Yakin sungguh mereka bahawa dua lelaki yang terkorban itu adalah Ahli PAS..

Malangnya tohmahan atau fitnah mereka yang memburukkan Ahli atau Penyokong PAS tersebut dinafikan oleh Bloger Pro UMNO sendiri yang melawat keluarga Alahyarham.. lihat Print Screen di bawah pula..


Dan ini disokong pula dengan FB Awang Adek yang turut hadir ketika jenazah salah seorang mangsa iaitu Mohd. Daishan Ibrahim dikebumikan..

 
Menurut laporan Kosmo, salah seorang dari mangsa terbunuh selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau tersebut ialah Rosli Hussin, 47, merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).. kalau korang nak tahu JASA tu di bawah di Bawah Kementerian mana.. sila lihat di ( SINI )

Pernah dengar ke ahli PAS dilantik sebagai Pegawai di Jabatan itu?

Tentang gambar yang disebarkan oleh Blogger Pro UMNO itu yang mengatakan kononnya itu adalah mangsa renjatan elektrik, juga bukanlah mangsa kejadian..

Ini kerana Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Mangsa ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki..

Tengok gambar yang Blogger Pro UMNO sebarkan dibawah ni…


Korang nampak lebam atau hangus pada gambar tu dan pada telinga atau tangan?

Kalau nak tahu pula sumber gambar itu dari mana.. Semut dan Papan Kekunci ada jawapannya.. sila lihat di SINI

Itulah… bila dah ketandusan isu.. pantang ada cerita yang berkait dengan politik tambahan pula yang boleh menimbulkan persepsi kurang baik… membabi buta saja pencacai-pencacai UMNO itu membuat fitnah..

Bagaimanapun Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails