Friday, April 27, 2012

Pengerusi SPR dan Timbalannya mengaku sebagai Ahli UMNO.. dan kedua-duanya tak ingat bila..


Akhirnya tanpa perlu didedahkan bukti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga Timbalannya mengakui mereka adalah Ahli UMNO.

Yang menariknya jawapan mereka juga adalah sama iaitu tidak ingat bila, dimana dan sejak bila menjadi Ahli UMNO.. kononnya keahlian mereka didaftarkan oleh orang lain..
Ini jawapan Pilihan Raya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof..

“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.

“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya.

Berikut pula adalah jawapan dari TimbalannyaDatuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan.

Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain.

"Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau.

Satu koordinasi untuk memperbodohkan rakyat yang baik.. jawapan yang sama diberikan iaitu ‘TIDAK INGAT’..
Jadi… bila dah diingatkan tu letaklah jawatan…




 
Berkenaan dengan Wan Ahmad ini pula.. ada seorang ADUN BN dari Bukit Chandan, Perak yang punya rupa iras Wan Ahmad dan bapanya juga bernama Wan Ahmad, siapa tahu adakah ADUN UMNO/BN itu anak Wan Ahmad ini?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails