Thursday, April 12, 2012

Pemimpin UMNO mana dapat Projek Jejambat RM108 Juta ni?


BELUM pun reda isu tanah Bayan Mutiara, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meledakkan pula isu kerajaan pusat didakwa menganugerahkan projek jejantas bernilai RM108 juta berhampiran Bangunan Umno Bukit Mertajam kepada seorang ahli politik Umno Pulau Pinang.
 
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya hairan mengenai kebolehupayaan pemaju Gold Bridge Engineering and Construction kerana mampu mendapatkan projek mega tersebut.
 
"Jika projek itu salah satu daripada (komponen) projek kereta api berkembar MMC-Gamuda, saya hairan, bagaimana syarikat ini dipilih sedangkan tiada kedengaran proses tender terbuka dilakukan oleh (kerajaan) pusat.
 
"Tender terbuka dalam jual beli tanah Bayan Mutiara dipertikai (oleh Umno) kerana (dianggap) tak telus. Saya nak tanya, adakah mana-mana ahli politik Umno Pulau Pinang mempengaruhi (kerajaan pusat) pusat untuk dapat  'anugerah'  projek ini kerana tidak kedengaran (proses) tender terbuka dilakukan," ujarnya selepas melawat tapak projek itu di Bukit Mertajam.
 
Pun begitu, beliau berkata, hasrat kerajaan pusat membina jejantas ini bagi mengurangkan kesesakan trafik adalah murni.
 
Pembinaan jejambat itu menghubungkan Jalan Nangka dengan Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang (serta landasan kereta api) dan Jalan Permatang Rawa.
 
PenangInsight.com difahamkan, amalan lazim di mana-mana negeri, termasuk di Pulau Pinang antaranya membenarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguruskan tender di bawah RM10 juta sahaja.
 
Projek yang menelan kos lebih dari jumlah RM10 juta diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya sendiri di bawah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
 
PenangInsight.com cuba mendapatkan maklum balas di Bangunan Umno Bukit Mertajam, namun gagal.
 
Sumber dalaman Umno yang dihubungi kemudian memberitahu, penganugerahan projek mega tersebut mempunyai kaitan dengan kelantangan  'suara Umno Bukit Mertajam'  pada Perhimpunan Agung Umno lepas.
 
"Pusat mesti memberi perhatian kepada pemimpin Bahagian (Bukit Mertajam) kami sebab dia lantang mendesak peneraju utama UDA letak jawatan kerana asyik memberi projek kepada syarikat kontraktor dari China sahaja."
 
Beliau bagaimanapun enggan menyebut  nama pemimpin yang dimaksudkannya itu - PenangInsight.com

* Untuk makuman semua.. Gold Bridge Engineering and Construction adalah syarikat yang dimiliki oleh keluarga Pengerusi Umno Bahagian Bukit Mertajam yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir *

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails