Friday, April 27, 2012

No. Ahli UMNO Pengerusi SPR dan Timbalannya untuk ingatkan bahawa mereka adalah Ahli UMNO!


Oleh kerana kedua-duanya iaitu Pengerusi SPR dan Timbalannya telah mengakui mereka adalah Ahli UMNO tetapi ‘tidak ingat’ bila mereka menjadi Ahli UMNO..

Dalam kenyataan Media dari Saifuddin Nasution di bawah disenaraikan No KP, No Ahli UMNO, Kod Cawangan dan negeri mereka untuk membantu mereka mengingatinya..

Jawapan mereka kononnya mereka ‘tak ingat’ mereka adalah Ahli UMNO sila baca di ( SINI )


Ini laporan dari Malaysiakini..

PKR dedah keahlian Umno bos SPR


PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.
 
Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.
 
"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan'.
 
"Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.
 
Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.
 
Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.
 
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.
 
"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin - Malaysiakini
 
 
Berikut adalah Kenyataan Media tersebut..
 
Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam SPR.
 
Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR.
 
Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan’. Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut:

Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
No KP 500124105279
No KP Lama 2698922
No Keahlian UMNO 113804
Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU
Kod DUN 09920=LEMBAH JAYA
Kod Bahagian 099 = AMPANG
Negeri SELANGOR

Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 490101035179
No KP Lama 2756290
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213= CHETOK
Kod Bahagian 022 = PASIR MAS
Negeri KELANTAN

Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang ialah segera meletak jawatan.



Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails