Saturday, April 21, 2012

Mesyuarat pertama MAINPP tidak sah?.. Prihatinnya UMNO Penang...


Meskipun penjelasan telah diberikan oleh TKM1 Pulau Pinang berhubung isu perlantikan YDP MAINPP, pihak UMNO masih terus mempertikaikannya..

Kali ini dengan menggunakan Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya (wakil UMNO didalam MAINPP sebenarnya) mereka mempertikaikan pula akan status Mersyuarat pertama MAINPP pula.

Menurut Shabudin Yahya “Status mesyuarat hari ini (semalam) menjadi pertikaian sama ada sah atau tidak kerana Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP dan YDP sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana dan tak ada sebab untuk tidak hadir,” katanya.

Sedangkan dalam hal ini beliau sendiri menyedari mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Atas sebab-sebab tertentu itulah maka mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Salleh Man.. dia tak faham atau buat-buat tak faham ni?

Tentang ayat ni pulak.. “Status mesyuarat hari ini (semalam) menjadi pertikaian sama ada sah atau tidak kerana Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP dan YDP sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana dan tak ada sebab untuk tidak hadir,”

Mana Shabudin tu tahu Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP?

Begitu bersungguh-sungguh UMNO nampaknya dalam hal ini.. bersungguh-sungguh untuk menipu rakyat sebenarnya..

Hakikatnya ketika mereka diperkudakan oleh GERAKAN ketika berkuasa di Pulau Pinang dulu mereka tidak pedulikan semua ini.. kecuali ianya mendatangkan keuntungan buat mereka.

Sekolah Agama yang ada dibantu sekadar melepas batuk ditangga dan ada yang tidak dibantu langsung..

Nasib mereka baik.. kerana FairuzBekas TKM1 telah bersama pihak mereka.. jika tidak kita akan dapat melihat siapa diantara pemimpin UMNO Pulau Pinang yang menerima sumbangan Zakat..

Penjelasan isu ini oleh TKM1 sila baca di  ( SINI )

******************************************

Mesyuarat pertama MAINPP tidak sah?

GEORGETOWN - Mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang berlangsung di sini semalam dikhuatiri tidak sah kerana ia dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Salleh Man sedangkan Yang Dipertua MAINPP, Abdul Malik Kassim masih ‘wujud’ dan berada di dalam negeri ini.

Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Shabudin berkata, perlantikan Abdul Malik sebagai YDP MAINPP itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu masih lagi belum terbatal mahupun ditarik balik dan sepatutnya beliau (Abdul Malik) perlu mempengerusikan mesyuarat setiap mesyuarat yang diadakan.

“Timbalan Yang Dipertua boleh memanggil mesyuarat jika tiada Yang Dipertua. Tapi masalah sekarang Yang Dipertua ada, dia tidak tarik diri. Jadi kita anggap Yang Dipertua MAIPP wujud.

“Status mesyuarat hari ini (semalam) menjadi pertikaian sama ada sah atau tidak kerana Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP dan YDP sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana dan tak ada sebab untuk tidak hadir,” katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Shabudin berkata, mesyuarat berkenaan penting kerana selalunya ia membincangkan perkara seperti urusan tanah, zakat, akidah dan pelantikan hakim.

“Sebagai contoh, jika mesyuarat hari ini memutuskan pelantikan amil maka pelantikan itu tidak sah. Jika tidak sah maka kutipan zakat selepas sini juga tidak sah,” katanya.

Difahamkan, mesyuarat pertama MAIPP berlangsung bermula jam 9 pagi.

Bagaimanapun, dua Ahli Majlis Eksekutifnya iaitu Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad dikatakan tidak hadir.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails