Sunday, April 15, 2012

‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13 kata Mahathir.. tapi.. beranikah Najib?


SINTOK - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.


Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. – Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails