Friday, April 6, 2012

Malang buat PKR jika punya Ketua Penerangan macam ni...


Malang buat PKR jika mempunyai Ketua Penerangan yang jelas kurang maklumat dan terpengaruh dengan Lidah Rasmi UMNO @ Utusan ini..


Kerana terpengaruh dengan dakyah atau propaganda  Lidah Rasmi UMNO @ Utusan itu beliau menyerang Timbalan Presiden PKR, Saudara Azmin Ali..

Antara yang terkandung dalam desakkan mereka ini ialah mahu Azmin menyahut cabaran blogger-blogger supaya membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan bioloji seorang anaknya (yang didakwa hasil hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Jika beliau tahu menggunakan internet dan mencari jawapan kepada fitnah itu beliau mungkin akan tahu bahawa perkara itu adalah fitnah, isu ini telah dijelaskan dalam Mahkamah.

Dalam penjelasan dalam Mahkamah oleh seorang Ahli Kimia, Lim Kong Boon pada tahun 2005, beliau menyatakan hasil dari ujian DNA yang telah dilakukan menunjukkan 99.9% anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar.

Aku dah siarkan di SINI laporan dari Lidah Rasmi UMNO sendiri dalam hal DNA ini .. Milo Suam juga dah siarkan di SINI

****************************************

Kini orang PKR sendiri tampil desak Azmin jawab semua tuduhan termasuk dayus

Agak mengejutkan kerana ini pertama kali seorang yang berjawatan dalam parti itu tampil menerusi satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Rabu bersama beberapa orang ahli parti mahu Azmin membuat penafian yang lebih meyakinkan lagi.

Ketua Penerangan PKR Bahagian Ampang,Selangor, Mohd Isa Mohd Saidi berkata langkah ini wajid diambil Azmin agar benar-benar bersihkan dirinya,keluarganya dan menjaga nama baik parti.

Beliau bimbang orangramai tidak akan menyokong PKR dalam pilihanraya umum akan datang selagi isu ini tidak selesai secara konkrit.

Katanya beliau amat meragui pada taktik dan strategi PKR dalam menghadapi serangan bertubi-tubi mengenai isu ini.

Beliau menegaskan ini kerana pimpinan PKR membisu seribu bahasa atau menimbulkan isu-isu lain yang tidak ada kaitan dengan pelbagai dakwaan itu.

Mohd Isa merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Datuk Dr Hasan Ali terhadap Azmin seperti yang disebut dalam laporan akhbar Utusan 27 Mac lalu.

Beliau juga mahu Azmin menyahut cabaran blogger-blogger supaya membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan bioloji seorang anaknya (yang didakwa hasil hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Selain itu,Mohd Isa juga mahu Azmin menyaman Datuk S Nallakarupan kerana memberi tanggapan beliau seorang dayus.

Menurut beliau semua pihak kini tertunggu-tunggu untuk mendapat satu kepastian.

"Demi kepentingan parti Azmin Ali kena tampil ke hadapan menafikan semua isu-isu serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka-mereka yang membuat tuduhan,"katanya.

Beliau mengingatkan Azmin bila saja ada tuduhan beliau kena jawab agar ahli yakin beliau tidak terlibat.

"Bila tidak dijawab ini bermakna ada sesuatu yang tidak jelas,"katanya.

Kepada satu soalan Mohd Isa berkata sekiranya Azmin tidak boleh jawab sepatutnya para pemimpin PKR lain termasuk Ketua Wanita PKR Pusat tolong jawab.- AgendaDaily  - 4/4/2012


Ini penjelasan dari Ahli Parlimen Ampang..


Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu.

Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya.

Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini.

“Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust).

“Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012,” kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang.

Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di ‘Food Court Station Ampang Waterfront’, masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500.

“Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau.

“Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini,” ujar Zuraida.

Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998.

Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir.

“Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu.

“Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging,” tegas Zuraida.

Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli.

 http://www.keadilandaily.com/?p=28918

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails