Thursday, April 5, 2012
Macam ni punya Ajaran Sesat pun masih ada yang terpedaya hingga serah isteri..
SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.
Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.
Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.
Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.
Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
“Kami jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.” Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.
Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.
Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.
Rumah tangga hancur lebur
Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.
Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.
“Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.
Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.
“Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.
“Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.
Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan belajar agama.
“Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu,” katanya.
Dia mula menyedari bahawa ajaran Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.
Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.
Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.
Sinar Harian
Macam ni punya Ajaran Sesat pun masih ada yang terpedaya hingga serah isteri..
2012-04-05T10:57:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Am|
Archive
-
▼
2012
(1782)
-
▼
April
(158)
- Laporan BBC News tentang BERSIH 3.0 di'sensor' Ast...
- Patutlah Najib tak melawat Makcik yang dipijak Pol...
- Betulkah Anwar arahkan pagar dirempuh?.. cuba teng...
- Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah juga aman... kenapa?
- Alasan Bodoh dari Najib.. Sebab Kerajaan tak benar...
- Kenapa himpunan BERSIH 3.0 di Pulau Pinang aman te...
- Penjelasan dari Pemandu kereta Polis yang merempuh...
- Nak tahu siapa rempuh pagar dan sekatan Polis? Bac...
- Hasil nasihat APCO.. lihatlah video-video ini...
- Najib perlu bertanggungjawab terhadap serangan Pol...
- Kenapa Kereta Polis diterbalik? penjelasan dari sa...
- Kereta Polis diterbalik: Lihatlah Video yang memap...
- Kereta Polis diterbalik.. jahatnya laporan depa......
- Kereta Polis diterbalikkan untuk menyelamatkan man...
- Polis mula melepaskan Gas Pemedih mata..
- BERSIH 3.0 LIVE dari Dataran Merdeka oleh TVSelang...
- KL Sudah Dibanjiri Aktivis Bersih 3.0 dan Anti-Lyn...
- Ribuan sudah menghampiri Dataran Merdeka (Video In...
- Menjelang BERSIH 3.0 : Jam 1 pagi, sekitar Dataran...
- DBKL buat lawak bodoh..
- Menjelang BERSIH 3.0 : Malaysiakini diserang DDOS!...
- Rakyat Malaysia dilarang memijak kesemua permukaan...
- No. Ahli UMNO Pengerusi SPR dan Timbalannya untuk ...
- Pengerusi SPR dan Timbalannya mengaku sebagai Ahli...
- Laporan Berita yang tidak akan disiarkan oleh RTM,...
- Polis akan ulangi langkah yang sama untuk halang B...
- DBKL tutup Dataran Merdeka 48 jam mulai 6 pagi eso...
- Tidak setuju himpunan BERSIH 3.0 itu pandangan per...
- Zahida kata dia tak kenal Shafie Afdal secara peri...
- Pengerusi SPR, Timbalannya ahli UMNO?.. patutlah p...
- EKSKLUSIF! Rakaman CCTV rompakan oleh 'Tiga Line' ...
- Betulke Rumah RM4Juta ni dibeli sebagai tanda cint...
- Muhyiddin nak datang, UMNO Bayan Baru tutup jalan ...
- Skandal Menteri : Kenapa Zahida guna Peguam UMNO?
- Derma akan dikutip bagi biaya tambang Zahid ke Per...
- DBKL serbu lagi Dataran, kotak derma turut dirampa...
- Nasib Suri Rumah Kumpulan Sokongan Putrajaya: Nak ...
- UMNO ganggu pelancaran BERSIH 3.0 dengan tarian se...
- UMNO Rampas Tanah Milik Melayu, lebih dari 5,000 b...
- Dakwa Najib di Perancis boleh kucar-kacirkan negar...
- Keluarga Sharizat kutip sewa dari aset NFC yang di...
- PR Takut angin perubahan di Selangor?.. PR atau BN...
- Puak mana robohkan Kuil Hindu di Perai ni?
- Setiausaha Politik Najib juga tidak yakin Najib ke...
- Bayar Artis RM1.4 Juta: Ini jawapan dari Shafie Af...
- Aziz Bari sahkan akan bertanding dibawah Logo PKR!...
- Ibrahim Ali kata Anwar Ibrahim pernah merayu kat d...
- Maka dengan ini.. mengigit jarilah Najib..
- Alahai Utusan... Wajah Anwar pun boleh dijadikan r...
- Najib tamatkan sidang Media bila isu Scorpone dita...
- TAHNIAH!! Najib lantik Melayu? sebagai Pengerusi B...
- Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran (Video ...
- UMNO Penang serah Tanah Wakaf kepada bukan Islam?
- 1,000 Tolak Anwar di KL?.. 5,000 Sokong Anwar di P...
- Video Bukti Kakitangan JPN, SPR dan Anak ADUN terl...
- Jawapan Zahida Rafik tentang Isu Skandal dengan Sh...
- Gambar Rumah Anwar Ibrahim di Amerika.. Bukan satu...
- Mesyuarat pertama MAINPP tidak sah?.. Prihatinnya ...
- Skandal Menteri: Shafie diberi tempoh seminggu ber...
- Aktivis Bersih 3.0 ditahan di Pulau Pinang
- DBKL tak izin demo BERSIH di Dataran
- AP adalah hak istimewa Melayu?.. tapi kenapa aku t...
- Serang Mahasiswa: Khairy kata jangan kaitkan denga...
- Serang Mahasiswa: Ada Video pun Hishamuddin tak pe...
- Samseng UMNO Mengganas lagi.. Kali ini Mahasiswa d...
- Isu YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. Pencacai...
- Dulu ABAI, sekarang TIBAI.. esok mungkin CIB** pul...
- Apa kejadahnya Kerajaan UMNO/BN bagi subsidi kepad...
- PANAS!! Pemandu Peribadi dedahkan Shafie Apdal Bay...
- Ahmad Said kata PAS 'Parti Ajaran Sesat'.. Ahmad M...
- PENTING!! *Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih...
- Najib hantar Peguam UMNO ke New York, London dan D...
- Pinjaman PTPTN: Kroni Najib jugak yang untung rupa...
- Ibrahim Ali suruh Mahasiswa berkhemah di rumah Anw...
- Live!! Pra-BERSIH 3.0 dari Kelab Sultan Sulaiman
- Memang betul Najib yang bentangkan Akta PTPTN.. te...
- Malaysia bakal jadi negara republik sekiranya PR m...
- MCA juga mahu jual negara seperti UMNO..
- SMM pertahan tindakan kalung bunga pada gambar Naj...
- Ibrahim Ali dan kenyataan bodohnya...
- BERSIH 3.0: Kata Kerajaan benarkan.. tapi mengapa ...
- Najib bentang akta PTPTN 1997, bukannya Anwar..
- Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP - Dr. Mahat...
- Kadir Sheikh Fadzil di pentas PAS.. Ribuan hadir!!...
- ADUN Pembangkang Curi Elektrik..
- Gambar Najib dikalungkan bunga pulakdah.. faham-fa...
- ‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13 kata ...
- Buku komik hanya memalukan Najib..
- Alahai Najib.. Yang ini pun nak tiru Anwar juga ke...
- Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni?? (V...
- Penyenaraian Felda: Kalau macam ni.. Durian Runtuh...
- Scandal Scorpene disiarkan Media Hong Kong..
- Komik 'Superman Najib' diedarkan kepada Guru-guru....
- KTM benarkan pasang bendera BN di 28 stesen?.. nak...
- Berita dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utus...
- Program Rapat Rakyat Anwar di Kapar cuba disabotaj...
- Pembaziran Melampau UMNO/BN Yang Akan Mufliskan Ne...
- APA?? 'Pinggan Pertabalan' berharga RM6000 sebiji?...
- Pemimpin UMNO mana dapat Projek Jejambat RM108 Jut...
- Pekeliling yang membuktikan Imam dibayar RM50 untu...
- Apa Ku Li kata macam ni?.. tak lenalah tidur Zambr...
- Eh? Betullah Najib pakai rantai.. tengok nih!
- PAS Parti Ajaran Sesat?.. kalau dah sesat, kenapa ...
- Depa buat dahhhh....
- Gempa Bumi melanda Acheh, Indonesia keluar amaran ...
- TV3 siar gambar adengan bogel Emile Hirsch..
- Ku Li sokong perhimpunan Bersih 3.0
- Dokumen yang membuktikan Ismail Sabri Yaacob salah...
- Kerana dicop nama Karpal Singh, The Star diharamka...
- PANAS!! Bapa Altantuya dedahkan Altantuya datang k...
- Pasal apa sombong sangat Najib ni?
- Skandal Balak di Sabah: Dokumen bukti mula disiark...
- ‘Saya tak dendam dengan sesiapa’ kata Mahathir.. b...
- Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b macam Najib cakap ...
- Najib! Bapak Altantuya nak jumpa ni.. kenapa lari?...
- Mengapa Tabung Haji pindahkan RM308,700.00 kepada ...
- Aishah bersama PAS, Dayangku Intan pula bersama PK...
- Najib kata Pendidikan Percuma cuma ada ditiga nega...
- Gambar: Puluhan Ribu hadir mendengar ceramah Hassa...
- Gelombang yang dilancar Kini menghempas UMNO Kelan...
- Sharizat pula belasah Rafidah ...
- Kalau tak tahu tanya.. jangan jadi bodoh sombong! ...
- Video: Pencacai UMNO ganggu program DAP pula..
- Kes Anak Nazri : Polis terkejut lihat rakaman peng...
- Najib jadi Menteri Wanita?
- Amaran dari Ketua Wira PERKASA kepada Pak Samad Sa...
- Video: PERKASA nak tunjuk ganas di Majlis PKR.. ta...
- Janji ditepati?.. Najib Bohong Lagi...
- Amaran dari Ketua Wira PERKASA buat ummat Islam ya...
- Gerak Khas PERKASA tunjuk samseng dalam Program PK...
- Malang buat PKR jika punya Ketua Penerangan macam ...
- Secara Rasmi Scandal Scorpene telah mula disiasat ...
- Najib Bohong lagi!! Aset NFC tidak dibekukan dan i...
- Kerajaan UMNO/BN Johor disaman Nelayan Pengerang.....
- Macam ni punya Ajaran Sesat pun masih ada yang ter...
- Apa hal Syed Mokhtar Al-Bukhary dapat projek dari ...
- Najib Pemandu sewel veteran UMNO kata...
- Pendedahan bagaimana pengundi boleh 'diklon' oleh ...
- Dataran Merdeka bukan tempat untuk orang ramai ber...
- Bersih 3.0, 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lum...
- Alahai Utusan.. Fitnah ni nak recycle berapa kali?...
- Ummi Hafilda kata dia ada gambar Anwar dan Shamsid...
- Video : Adam Adli ditumbuk di Kampung Kerinchi
- Flat akan diroboh, tapi kunci PPR belum dapat.. Me...
- Gambar: Adam Adli kena tumbuk..
- BERSIH 3.0 dijangka berlaku bulan ini...
- UMNO Rampas Tanah Melayu Lagi.. Generasi Kedua Fel...
- Durian Runtuh untuk Felda, Gaji minimum pertengaha...
- Muhyiddin kata Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Ba...
- Ahli PERKASA Pulau Pinang tendang Perempuan..
- Video Murtad Hassan Ali... yang ini ke?
- Penyokong UMNO rupanya yang mati ketika menaikkan ...
- Itu cerita April Fool, saya masih ahli UMNO - Shah...
- Tanah masjid Bayan Mutiara hilang kerana kebodohan...
- Lagi Demo 'Manusia Buta Internet'...
- Awang Hitam merusuh di Kajang.. bawalah masuk rama...
- Projek Vale: Zambry sahut cabaran Nizar
- Demo 'Selamatkan Teluk Rubiah' (Gambar)
-
▼
April
(158)

