Friday, April 13, 2012

KTM benarkan pasang bendera BN di 28 stesen?.. nak kena boikot ke??


Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.


Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir  Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Menteri nafi, tapi OK


Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakini menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.

Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang.

"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan.

"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.

Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam.

"Dekat Selangor, kita pembangkang. Kalau naikkan bendera BN, nanti pihak berkuasa tempatan akan turunkan. Jadi mungkin agaknya ada yang kesian dekat kita dan nak bantu kita berkempen.

"Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails