Sunday, April 29, 2012

Kereta Polis diterbalik: Lihatlah Video yang memaparkan saat-saat Mangsa dirempuh ini...


Bila aku pertikaikan laporan oleh dua portal berita on-line yang melaporkan dengan niat untuk memburuk-burukkan peserta atau penyokong BERSIH 3.0 tadi… boleh tahan jugak aku kena belasah oleh pencacai-pencacai UMNO.

Malangnya komen yang dibuat dalam Intense Debate itu.. tiba-tiba hilang begitu saja ( ini bukan kali pertama komen dalam Intense Debate tu hilang begitu saja.. aku pun tak tahu apa yang tak kena..)

Tapi tak apa… kalau setakat dihentam oleh pencacai UMNO dalam ruangan komen tu aku dah biasa.. jadi aku tak kisah..

OK.. sekarang aku dah dapat video yang secara jelas memaparkan saat-sat penyokong BERSIH 3.0 dirempuh oleh kereta peronda Polis tersebut..

Saksikan!! Pada minit yang ke 1:15 beberapa orang penyokong BERSIH 3.0 yang berada di tepi jalan dirempuh oleh kereta peronda berkenaan..


 
Slow motion pula... saksikan..

 

Aku yakin anggota Polis yang memandu kenderaan tersebut tidak mempunyai niat untuk melanggar mereka yan berada di tepi jalan itu, mungkin beliau hilang kawalan kerana tunduk untuk mengelak sesuatu

Dah jadi budaya kita agaknya.. bila seorang pemandu melanggar seseorang beliau akan dibelasah..

  

Oleh kerana yakin di bawah kenderaan tersebut terdapat mangsa rempuhan maka orang ramai yang berada ditempat kejadian menterbalikkan kenderaan itu… lihat video di bawah..

  

Dan berikut pula adalah video dari PDRM..


Jika anda berada ditempat kejadian.. apakah yang akan anda lakukan?

Berdoa atau berusaha??? Atau biarkan begitu saja??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails