Melalui e-mail yang diterima seorang
pembaca menyatakan baru-baru ini tersapat beberapa buah Sekolah dalam Negeri
Pulau Pinang telah dibekalkan dengan akhbar yang dikuasai oleh MCA iaitu The
Star.
Selain dari Kakitangan termasuk
Guru-Guru yang ada di Sekolah tersebut akhbar tersebut juga diedarkan kepada
Murid-murid untuk dibaca.
Tujuan diedarkan kepada Murid-murid
ialah supaya mereka boleh membacanya untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa
Inggeris mereka.
Malangnya atas arahan pihak Pejabat
Pelajaran Daerah Timur Laut (PPD) edaran akhbar milik MCA tersebut telah
dihentikan dengan alasan yang tidak masuk akal.
Alasannya ialah di muka hadapan
surat khabar tersebut telah dicop dengan “ With Compliments From YB Karpal
Singh Ahli Dewan Rakyat (MP) Bukit Gelugor”.
Tidakkah bengong namanya itu?
Hanya kerana telah dicop “ With
Compliments From YB Karpal Singh Ahli Dewan Rakyat (MP) Bukit Gelugor”
pengedarannya diharamkan di Sekolah.
Adakah dengan tertera cop tersebut
ianya boleh mempengaruhi para Kakitangan dan Guru-guru yang bertugas di Sekolah
tersebut termasuk juga mempengaruhi para pelajar di Sekolah tersebut?
Katanya kerjaya Guru di Institusi
Pendidikan ini adalah kerjaya proffesional, takkan lah begitu mudah terpengaruh
hanya dengan melihat cop “ With Compliments From YB Karpal Singh Ahli Dewan Rakyat
(MP) Bukit Gelugor” itu.
Lainlah kalau diedarkan akhbar Roket
milik DAP, Harakah milik PAS ataupun Suara Kedilan milik Keadilan wajarlah
ianya diharamkan pengedarannya di Sekolah-sekolah kerana ianya Lidah Rasmi
Parti.
Tapi kenapa pula Lidah Rasmi UMNO
iaitu Utusan Malaysia yang penuh dengan fitnah itu dibenarkan diedar di
Sekolah-sekolah pula?
Apa nak jadi dengan
pencacai-pencacai UMNO di Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut itu agaknya?
Kerana terlalu takut akan nama YB
Karpal Singh dikenali mereka sanggup menyekat pendapatan sekutu mereka sendiri
iaitu MCA yang menguasai akhbar tersebut.
Adakah mereka takut para pelajar di
Sekolah tersebut boleh menguasai Bahasa Inggeris lebih baik dari mereka? Maklumlah
banyak info yang mendedahkan kepincangan UMNO/BN dalam Bahasa Inggeris ni..
Pesanan kepada pihak yang terbabit
mengharamkan edaran The Star itu… Kalau hangpa dah bangang.. jangan jadikan
anak-anak bangsa juga bangang macam hangpa!!
