Thursday, April 5, 2012

Kerajaan UMNO/BN Johor disaman Nelayan Pengerang..


Ni kata-kata Azalina bila penduduk Pengerang demo hari tu.. “Apabila saya siasat, yang banyak buat bising bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Orang kawasan saya baik-baik. Mereka terbuka kepada perbincangan. Mereka tak pernah cakap kerajaan zalim, malah berterima kasih kepada kerajaan,”

Laporan berkenaan demo tersebut sila baca di SINI

Hari ini.....

Nelayan Pengerang fail saman ke atas k'jaan Johor


Seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, hari ini memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan.


Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.

Mohd Shujaa yang ditemui pemberita berkata tiga defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&L Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Johor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan.

Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.

Terdahulu, sebahagian daripada nelayan berkenaan berhimpun secara aman di pekarangan menara itu sebelum proses penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan.

- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails