Monday, April 30, 2012

Kenapa himpunan BERSIH 3.0 di Pulau Pinang aman tetapi di Dataran Merdeka tidak?


Gambar seorang wanita yang kelihatan sarat mengandung di atas bukanlah dirakamkan di Himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka tetapi ianya telah dirakamkan oleh seorang sahabat yang turut bersama dalam Himpunan BERSIH 3.0 Pulau Pinang.

Jika wanita tersebut berada di Himpunan BERSIH 3.0 Dataran Merdeka mungkin beliau telah dikejarkan ke Hospital atau keguguran begitu saja dengan suasana yang berlaku di Dataran Merdeka.

Oleh kerana tiada Provokasi atau huru hara yang dicetuskan oleh Anggota Polis yang bertugas di Pulau Pinang, wanita tersebut telah pulang dengan selamatnya..

 
Dalam Himpunan BERSIH 3.0 yang telah berlangsung di Padang Kota Lama itu kehadiran dilaporkan telah mencecah hampir 10,000 orang.




Biarpun malam sebelum Himpunan berlangsung, hujan telah turun menyebabkan keadaan padang sedikit becak namun ianya tidak menjadi halangan buat warga Pulau Pinang yang berhimpun di sini..

Apa yang dituntut dalam himpunan di Pulau Pinang ini juga adalah sama dengan apa yang dituntut dalam Himpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Di Dataran Merdeka 8 tuntutan dikemukakan, 8 tuntutan yang sama juga dikemukakan disini iaitu:

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Namun begitu kita seolah-oleh menyaksikan Himpunan BERSIH 3.0 ini dilakukan di dua buah negara yang berbeza kerana layanan yang diterima adalah amat berbeza sekali.



Di Pulau Pinang segalanya berjalan dengan lancar cuma masa berhimpun lebih pendek kerana hujan renyai-renyai mula turun ketika Ketua Menteri Pulau Pinang mula berucap..

Dan kerjasama yang ditunjukkan oleh anggota Polis yang diketuai oleh Dato' Wira Ayub hj. Yaakob Ketua Polis Pulau Pinang jelas amat proffesional sekali.

Mereka membantu mengawal lalu lintas yang sesak kerana ramai yang hadir, paling menarik ialah anggota mereka juga telah mengawal dan mengiringi Guan Eng keluar dan masuk ke kereta rasminya.


Berbeza dengan di Dataran Merdeka perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.

Begitu juga dengan pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tiada halangan dari mereka buat rakyat Pulau Pinang untuk menggunakan Padang milik rakyat itu..


Pihak mereka tidak mengarahkan kakitangan mereka untuk memasang pagar mengelilingi Padang Kota Lama itu bagi menghalang rakyat berkumpul di atasnya seperti yang dilakukan oleh DBKL keatas Dataran Merdeka.


Sehingga menjadikan seolah-olah Dataran Merdeka itu tanah jajahan negara asing di dalam negara kita..

Mereka telah membantu melancarkan himpunan BERSIH 3.0 itu dengan menyediakan segala kemudahan yang sepatutnya ada..

Tindakan pihak MPPP juga jauh lebih proffesional dari pihak DBKL dalam membantu menguruskan hal ini..

Kenapa DBKL perlu menghalang rakyat dari berhimpun diatas Dataran Merdeka sedangkan ianya adalah milik rakyat dan pihak DBKL adalah pihak yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaganya.

Adakah pihak DBKL merasakan gaji mereka dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang memperkudakan mereka?

Begitu juga dengan Ketua Polis KL, kenapa perlu membiarkan anggotanya bertindak sebegitu ganas hingga menyebabkan imej Najib tercalar dimata dunia?

Arahan buat mereka iaitu Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis KL datang dari satu pihak yang sama.. tetapi kenapa tindakan mereka berbeza?

Dalam hal ini dari apa yang telah berlaku, sewajarnyalah Ketua Polis KL berjumpa dengan Ketua Polis Pulau Pinang untuk belajar bagaimana untuk mengawal sesebuah himpunan dengan baik.

Begitu juga Datuk Bandar yang menguasai DBKL.. dicadangkan buat beliau sepaya datang belajar dari YDP MPPP bagaimana untuk menghormati hak rakyat.. atau letak jawatan sajalah..

Bagaimanapun sekalung Tahniah buat PDRM Pulau Pinang dan pihak MPPP kerana telah membuktikan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang bahawa mereka adalah proffesional dalam menjalankan tugas mereka!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails