Monday, April 16, 2012

Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP - Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR, 16 April — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan.


Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lau menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

“Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP),” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita di sini, merujuk kepada amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual permit kereta import dengan lesen daripada kerajaan.

Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

“Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan,” katanya.

EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion.

MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham.

MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya.

Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton.

MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails