Thursday, April 19, 2012

Isu YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. Pencacai UMNO kantoi lagi..


Berbagai cerita yang tak tahu dari mana sumbernya dihasilkan oleh Blogger pencacai UMNO dalam isu perlantikan YDP MAIPP ini..

Kebanyakkannya cuba melaga-lagakan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Ada yang melemparkan fitnah kononnya Guan Eng mahukah Abdul Malik Abdul Kassim sebagai YDP sedangkan Guan Eng telah mengatakan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu perlantikan YDP tersebut.

Kerana bagi Guan Eng beliau bukan lah seorang pemimpin Islam dan tidak sesuai baginya untuk mengulas isu-isu Islam.

Untuk menjadikan isu ini semakin panas ada yang mengatakan Dato Mansor selaku Timbalan Ketua Menteri 1 sendiri telah mengesahkan dan mengakui pihak Istana Negara telah melantik Malik Kasim sebagai YDP MAIPP atas cadangan Kerajaan Negeri sendiri..

Pemimpin-pemimpin UMNO turut mengapi-apikan suasana.. antaranya ialah Mamak di bawah ini.. dengar apa kata Mamak ini..


Dan juga tidak ketinggalan si Mamak Tua ini…



Hakikatnya… baca penjelasan dari TKM1 Pulau Pinang dibawah ini…

Isu perlantikan Yang diPertua dan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) seharusnya tidak perlu dijadikan modal politik oleh pihak-pihak tertentu. Walaupun kini dalam musim pilihanraya, adalah tidak wajar bagi pihak-pihak tertentu mensensasikan isu ini sehingga menimbulkan suasana ketidaktentuan dan syak wasangka bekenaan isu agama. 

Kedudukan sebenarnya ialah pada 20 Januari 2012, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengutus surat ke Istana Negara memaklumkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang memperakukan YB Dato’ Haji Salleh Man sebagai Yang diPertua MAINPP selama tempoh dua (2) tahun mengikut Seksyen 11 (1) Enakmen Pertadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004. 

Kekeliruan ini berbangkit apabila watikah perlantikan daripada Istana Negara telah melantik YB Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim sebagai Yang diPertua MAINPP. Namun begitu pihak kerajaan negeri masih membuat rayuan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengenai perkara ini. 

Justeru sepucuk surat telah diutus ke Istana Negara bagi memohon mengadap. Pihak Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agong tidak dapat menerima memohon mengadap kerana mungkin mempunyai urusan-urusan rasmi yang lebih mendesak seperti Pertabalan Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agong. 

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri sedar bahawa pihak MAINPP perlu menjalankan mesyuarat pertama dalam tempoh 3 bulan dari watikah perlantikan dikeluarkan. Oleh kerana itu, MAINPP akan  mengadakan mesyuarat pertama yang dijadualkan pada esok bersamaan 19 April 2012. 

Sementara menunggu rayuan kepada Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agong YB Dato’ Salleh Man akan mempengerusikan mesyuarat ini seperti mana janji Pakatan Rakyat dalam dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada Ogos 2009.  

Sekian,

Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails