Monday, April 30, 2012

Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah juga aman... kenapa?


Selain dari Pulau Pinang, Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah juga berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang provokasi dari pihak berkuasa.

Biarpun kehadiran sekitar hanya 3000 orang namun ini satu perkara yang boleh dibanggakan kerana peningkatan kesedaran rakyat Sabah sendiri dalam mahukan satu pilihanraya yang lebih bersih dan adil.

Penyertaan kebanyakkannya datang dari kawasan Bandar di Sabah, ini kerana majority kawasan luar Bandar di Sabah tidak punya capaian internet.

Oleh itu mereka tidak tahu tentang adanya himpunan ini..


Menurut laporan sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, himpunan ini turut disertai oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional yang mula menunjukkan penentangan terhadap Barisan Nasional sendiri.



Ianya kerana mereka tidak berpuashati dengan tiadanya tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pusat terhadap laporan-laporan yang telah pemimpin mereka (BN Sabah) kemukakan tentang project IC dan juga Skandal Kayu Balak.

Perlu kita ketahui Project IC yang telah lama berjalan di Sabah kini telah menjadikan warganegara Malaysia di Sabah merasakan diri mereka pula sebagai pendatang kerana kebanyakkan entity perniagaan kini dikuasai oleh pendatang yang mempunyai IC.

Dalam artikel yang aku siarkan sebelum ini ‘Kenapa Himpunan BERSIH 3.0 di Pulau Pinang aman tetapi di Dataran Merdeka tidak?’ .. ada pencacai UMNO kata aku bodoh..

Kerana katanya BERSIH di Pulau Pinang anjuran Kerajaan Negeri ataupun disokong oleh Kerajaan Negeri jadi ianya aman..
Lagi katanya.. “Jangan cakap kosonglah kerajaan dap korang nanti akan bagi kebebasan bersuara,tengok k'jaan pap(abg dap korang) singapork sudahlah.”

Bagaimanapula Himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung di Sabah ini juga aman? Sedangkan Sabah adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional?

Sepertimana Ketua Polis Pulau Pinang yang menerima arahan dari Ketua Polis Negara, aku yakin Ketua Polis Sabah juga menerima arahan yang sama, begitu juga Ketua Polis Kuala Lumpur..

Di Pulau Pinang, Polis memberikan kerjasama sebaik mungkin.. di Sabah juga begitu.. tetapi di Kuala Lumpur sebaliknya pula..

Sedangkan Kuala Lumpur berada di mata dunia ketika Himpunan ini berlangsung.. Imej Najib terletak ditangan pihak Polis Kuala Lumpur ketika itu..

Tetapi kenapa tindakan mereka berbeza??

Sedikit gambar yang dikirimkan oleh Firdaus Rahim dari Kota Kinabalu, Sabah untuk dikongsi bersama..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails