Ada pencacai UMNO yang mengatakan gambar-gambar ini akan membuatkan PAS Permatang Pasir kecut perut.. korang nilaikan sendirilah...
Semalam 7 April 2012, Hassan Ali telah berucap dalam ceramah
yang dianjurkan Gabungan Bela Hak Insan
Pulau Pinang (GABUNGAN) yang diadakan bertempat di Padang Bukit Jelutong,
Permatang Pasir.
Kehadiran memang memberangsangkan anggaran aku lebih dari 2,000 yang hadir.. kebanyakkan penyokong PKR dan PAS.. nak harap penyokong UMNO yang hadir ada berapa kerat saja penyokong UMNO di DUN Permatang Pasir tu..

Samada mereka terpengaruh atau tidak.. kita lihat
keputusannya pada PRU13 nanti..
Ada Blog Pencacai UMNO kata ini adalah penyucian akidah
di Permatang Pauh.. ianya adalah tepat sekali kerana Akidah Pencacai-pencacai
UMNO perlu disucikan kerana mereka jelas menyokong pemimpin yang menolak hukum
Allah dan menyokong pemimpin yang menghalalkan urus niaga dengan Regim Zionist.
Ini kerana jika mereka menyokong pimpinan mereka yang
jelas menolak dan juga mempermainkan hukum Allah, mereka juga sebenarnya telah
meredhakan hukum Allah itu ditolak dan dipermainkan atau dalam lain ayat subahat..
Sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan
Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45)
Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan
Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)
Dan firman Allah lagi “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah
nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami
biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah
sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115)
Lagi tentang akidah silalah
baca di ( SINI )
Semoga akidah
pencacai-pencacai UMNO yang hadir mendengar ceramah Hassan Ali ini berjaya
disucikannya..
Berikut adalah laporan dari Portal Pro UMNO iaitu Utara News..
3'000 banjiri ceramah Dr Hasan Ali
di Dun Permatang Pasir.
SEBERANG PERAI - Dianggarkan seramai 3'000
penduduk kawasan sekitar Permatang Pasir menghadiri ceramah 'Selamatkan Aqidah
dan Pertahankan Islam, Melayu, Raja' yang disampaikan oleh Dato' Dr Hasan Ali
dan juga Haji Ismail Mina Ahmad malam semalam.
Ceramah anjuran Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) yang diadakan bertempat di Padang Bukit Jelutong, Permatang Pasir tersebut mendapat sambutan menggalakkan biarpun pada awalnya hujan turun dengan agak lebat yang menyebabkan keadaan kawasan ceramah agak becak.

Didalam
ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan
bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah
masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.
Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.
Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.
Dr
Hasan Ali pula lebih banyak mendedahkan perilaku pemimpin PAS yang beliau dakwa
bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan Islam.
Selain itu menurut beliau, parasit-parasit dalam PAS harus bertanggung jawab sekiranya suatu hari nanti umat Islam didalam PAS tergelincir akidah mereka akibat terlampau taksub dengan kuasa hingga menghalalkan cara.

Berikut pula adalah gambar-gambar yang disiarkan oleh sebuah Blog pencacai UMNO Pulau Pinang, menurut beliau 5,000 orang telah hadir dalam ceramah Hassan Ali ini.
Beliau mendakwa ini adalah penyucian akidah penduduk Permatang Pasir dan ribuan lagi rakyat
Permatang Pauh kerana sudah terlalu lama
dikencing oleh Anwar Ibrahim.
Kononnya menurut beliau ada yang secara terang terangan meluahkan rasa kecewa dan ada yang sambil menjerit Anwar dah tak boleh dipercayai lagi.. err.. betoika?
Sumber: Pisau.Net
Err.. boleh ke bawah khemah tu muatkan 2,000 orang? fikir-fikirkan....