Beberapa hari lalu apabila tersebar gambar-gambar yang menunjukkan Najib memakai rantai dalam satu majlis, aku tak berapa kisah sangat kerana gambar tersebut blur sangat susah nak dipastikan.
Dan apa yang
disiarkan dalam YouTube ini hanyalah sekilas pandang saja.. tapi memang nampak
rantai itu..
Tapi gambar-gambar yang ada ini memang jelas menunjukkan Najib sememangnya memakai rantai..
Aku kurang pasti samada Najib ini memakai rantai emas atau perak biarpun kilauannya seperti emas hanya Najib sendiri dan Rosmah yang boleh jelaskan.
Mungkin Najib memakai rantai tersebut bagi menyesuaikan diri dengan jawatan Menteri Wanita yang dia pangku sekarang..
Atau mungkin juga
Najib memakai "rantai
kesihatan" berteknologi Nano dan Quantum Physic memang jadi
trend bagi lelaki hari ini apatahlagi yang kaya raya demi menjaga kesihatan.
Pemakaian
rantai yang bukan bertujuan untuk perhiasan diri tapi lebih kearah menjaga kesihatan
(aku tak pasti pulak fatwa Ulamak untuk hal ini...sengaja malas nak research).
Kebanyakan hukum atau fatwa MENGHARAMKAN pemakaian perhiasan wanita oleh lelaki walaupun ada yang mengharuskan nya dari segi kesihatan.DENGAN SYARAT rantai atau gelang itu dibuktikan secara saintifik oleh saintis Islam sebagai berupaya menyembuh.
Kebanyakan hukum atau fatwa MENGHARAMKAN pemakaian perhiasan wanita oleh lelaki walaupun ada yang mengharuskan nya dari segi kesihatan.DENGAN SYARAT rantai atau gelang itu dibuktikan secara saintifik oleh saintis Islam sebagai berupaya menyembuh.
Tapi hingga kini tiada satu pun yang boleh dibuktikan sebagai
berupaya mengubati atau menyembuh...jadi faham faham sendirilah…
Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhari]




