Monday, April 2, 2012

Durian Runtuh untuk Felda, Gaji minimum pertengahan June.. Nak Pilihanraya dah ke Najib?


Cuba baca kedua-dua laporan berita ini.. kenapa kedua-dua perkara yang melibatkan pengundi-pengundi dari kalangan masyarakat Felda dan dari Kakitangan swasta ini akan diumumkan oleh Najib pada bulan Mei dan June agaknya??

Laporan pertama..

Najib berkata ‘durian runtuh’ untuk peneroka FELDA

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Perdana menteri hari ini menjanjikan para peneroka “durian runtuh" bersempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bulan Mei, tetapi tidak mengumumkan jumlah sebenar yang boleh diharapkan.

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata bahawa jumlah yang bakal diumumkan nanti pasti akan membuat para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan".

“Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? Tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," Najib berkata, mengikut agensi berita nasional Bernama.

Berucap di FELDA Triang 3 di Bera hari ini, Najib turut berkata bahawa keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan memanfaatkan para peneroka.

“Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset FELDA ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka.

Di bulan Februari, sekumpulan lapan orang peneroka berjaya mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan pemindahan saham dari Kooperatif Pelaburan FELDA (KPF) mereka kepada FGVH, suatu langkah penting dalam rancangan menyeranaikan firma perladangan itu.

Ini mendorong Putrajaya mengumumkan pada 14 Mac bahawa kerajaan akan tetap dengan rancangan penyenaraian FGVH tidak kira sama ada keputusan itu menerima sokongan peneroka FELDA.

Kerajaan sebelum ini bertegas bahawa ianya mempunyai sokongan “majoriti peneroka”, walaupun terdapat laporan bantahan meluas.

Para pengkritik berkata bahawa penyenaraian ini akan memberikan FGVH, yang serba kerugian, kuasa mengawal KPF dan akan merugikan pemegang saham kecil dan membebankan FELDA dengan defisit sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun - The Malaysian Insider


Laporan kedua..

Gaji minimum diumum sebelum Julai

2 April 2012  

KUALA LUMPUR - Dasar gaji minimum dijangka diumumkan dalam separuh pertama tahun ini, sementara peningkatan kemahiran dan penambahbaikan tenaga kerja akan diteruskan, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dalam laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi 2011, Pemandu berkata, fokus telah diberikan kepada lima sektor: minyak, gas dan tenaga; pelancongan; elektrik dan elektronik; kandungan komunikasi dan infrastruktur; dan perkhidmatan perniagaan.

Selain daripada itu, program MyProCert yang bertujuan meningkatkan kemahiran warga Malaysia ke standard persijilan antarabangsa menyasar untuk melahirkan 5,000 profesional diperakui menjelang 2014.

Sementara itu, Pemandu berkata, 33 syarikat di bawah enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah dikenal pasti bersedia untuk dilepaskan sama ada menerusi penyenaraian, pengurangan saham ataupun dilupuskan terus.

Di bawah rancangan untuk merasionalisasikan portfolio GLC, lima telah dikenal pasti untuk pengurangan saham, tujuh untuk penyenaraian awam dan 21 untuk dilupus terus.

Untuk tahun 2011-2012, 24 syarikat telah dikenal pasti untuk eksesais pelupusan kerajaan dan proses akan bermula memandangkan saham-saham telah mencecah harga yang dipersetujui.

"Setakat hari ini, empat syarikat terdiri daripada empat anak syarikat dalam IPO MSM Holdings Bhd telahpun dilupuskan. Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dijangka berlaku pada Mei 2012," kata laporan itu.

Mengenai inisiatif pembaharuan strategik kewangan awam yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan, Pemandu berkata paling utama fokus ialah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan persekutuan menerusi penambahbaikan pentadbiran cukai dan pematuhan kedua-dua cukai langsung dan tidak langsung.

"Kami menganggarkan RM1.94 bilion akan dikumpulkan pada 2012 selain daripada unjuran pendapatan konvensional yang telah dibuat," katanya.

Pemandu turut mengulangi komitmennya untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan terus merasionalisasikan subsidi memandangkan banyak daripada pendapatan negara kini datangnya daripada Petronas.

"Kita perlu cukai penggunaan yang meluas, cukai yang dilevikan ke atas aktiviti tambah nilai dengan setiap operasi bersama-sama dengan rantaian pelaksanaan.

"GST tidak akan menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah kerana kebanyakan produk dan perkhidmatan asas akan dikecualikan atau berpenarafan sifar seperti beras, daging mentah, ikan segar, sayur-sayuran, pengangkutan awam domestik dan perkhidmatan penjagaan kesihatan," katanya. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails