Monday, April 16, 2012

BERSIH 3.0: Kata Kerajaan benarkan.. tapi mengapa sudah ada tangkapan?


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan  selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan berjanji tidak akan menimbulkan sebarang gangguan kepada orang ramai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kebenaran itu diberikan atas semangat akta yang baru digubal itu.

Bagaimanapun, Hishammuddin menasihati pihak penganjur supaya menggunakan kaedah yang betul dan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

"Saya hendak mencadangkan bahawa penganjur perlu bekerjasama dengan pihak polis untuk menentukan tempat yang sesuai bagi perhimpunan-perhimpunan itu supaya ianya memberi jaminan perjalanan orang ramai yang hendak pergi kerja dan sebagainya tidak terganggu dan bersesuaian mematuhi Akta Perhimpunan Aman yang telah kita bentang dan luluskan," ujar Hishammuddin.

"Kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan BERSIH 3.0 ini selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang yang telah pun digubal dan diluluskan oleh Parlimen," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.

Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia.
Tengok video ni dan dengar apa Hishamuddin kata..


Kata benarkan.. tapi kenapa sudah ada tangkapan?

Gambar di atas adalah gambar saudara Mohamad Karim dari Perak ditahan di Pudu Raya kira2 jam 12.00 tadi kerana memakai baju kuning Bersih. Beliau telah dibawa ke Pondok Polis untuk diambil keterangan.
Sumber gambar dari ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails