Thursday, April 5, 2012

Apa hal Syed Mokhtar Al-Bukhary dapat projek dari Kerajaan UMNO/BN banyak sangat ni?


Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.

Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.

Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir  kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.

"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di parlimen kenapa segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti Syed Mokhtar, anak Tun Mahathir, adik Datuk Seri Najib, bekas Ketua Hakim Negara dan peguam Umno.


Harakadaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails