Friday, April 20, 2012

AP adalah hak istimewa Melayu?.. tapi kenapa aku tak dapat?


Kata Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd Rahman, AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP.


“Melalui AP, kerajaan tidak mendapat sebarang kerugian, sebaliknya memperolehi keuntungan. Sejak 2010, AP di bayar RM10,000 ribu kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), malah Pekema turut menjalankan tanggungjawab sosial membantu anak-anak Melayu. Tambahnya lagi..

Hak Istimewa orang Melayu ya???

Jika benar AP ini adalah hak istimewa orang Melayu maka sewajarnyalah setiap Melayu yang ada dibumi Malaysia ini diberikan satu AP setiap orang.

Malangnya bukan saja penyokong Pakatan Rakyat yang menentang kerajaan UMNO/BN yang tidak diberikan AP malah penyokong tegar UMNO/BN juga tidak mendapatnya.. kecuali beberapa orang kroni pemimpin UMNO..

Jika Pengerusi PEKEMA itu mengatakan RM10,000 dibayar kepada MITI bagi setiap AP, ianya merupakan satu kenyataan yang cuba memperbodohkan rakyat.

Ini kerana RM10,000 yang dibayar kepada MITI itu telah dibebankan kepada pembeli dimana ianya telah ditambah kedalam harga jualan kenderaan.

Jadi keuntungan pemilik AP tersebut masih tidak berganjak..

****************************************

Pekema: AP adalah hak istimewa Melayu, Bumiputera

 

KUALA LUMPUR, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menegaskan cadangan pemansuhan permit mengimport (AP) kenderaan dari luar negara tidak boleh dilaksanakan kerana ia adalah tertakluk di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang mana melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Pengerusi Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman menegaskan, AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP, sebaliknya kuasa itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

“AP ini adalah termasuk di dalam permit. Sama seperti tanah rezab Melayu, biasiswa, memegang jawatan dalam kerajaan dan sebagainya. Permit ini termasuk dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dan Kabinet tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan AP.

“Hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sahaja yang berhak untuk memansuhkan AP ini,” katanya yang dihubungi semalam.

Justeru, jelas Zainuddin, cadangan untuk memansuhkan AP adalah tidak relevan, begitu juga cadangan Zon Perdagangan Bebas Asia (Afta).

“AP adalah antara inti pati Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang paling berjaya. Mungkin ia hanya perlu dipinda supaya sesuai dengan peredaran zaman.

“Melalui pemberian AP, ia melindungi hak keistimewaan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Di negara-negara barat, mereka turut mempertahankan hak Bumiputera mereka,” tegasnya lagi.

Jelas Zainuddin, kesan langsung pemansuhan AP akan menjejaskan lebih 70,000 pekerja di sektor automobil yang terlibat, dan beliau mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuhkan AP tersebut.

“Dianggarkan lebih 70,000 tenaga kerja terlibat dengan AP. Mereka yang bekerja di pusat jualan kereta, bengkel-bengkel di seluruh negara, dan industri yang berkaitan akan terjejas.

“Pekema mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuh AP tersebut,” tambahnya.

“Melalui AP, kerajaan tidak mendapat sebarang kerugian, sebaliknya memperolehi keuntungan. Sejak 2010, AP di bayar RM10,000 ribu kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), malah Pekema turut menjalankan tanggungjawab sosial membantu anak-anak Melayu.

“Kami memberikan biasiswa untuk mereka menyambung pengajian, beri bantuan kepada anak-anak yatin, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

“Secara kasarnya, setiap bulan, Pekema akan memperuntukkan lebih seratus ribu ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, jadi tidak timbul persoalan AP ini hanya menguntungkan sesetengah pihak,” tegas Zainuddin.

“Orang yang dengki sahaja yang sibuk hendak mansuhkan AP,” katanya merujuk kepada sesetengah pihak yang cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen.

Sehubungan itu, Pekema telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pemansuhan AP berkenaan.

“Kami sudah menghantar memorandum kepada Agong minggu lepas, dan sekarang kami masih menunggu jawapan untuk diberi kebenaran menghadap baginda.

“Kami percaya, dalam masa terdekat Pekema akan dapat bertemu Agong dan menjelaskan perkara sebenar,” tambahnya lagi.

Pengeluaran AP kepada pengimpot kereta di kalangan usahawan Bumiputera, adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi di kalangan rakyat.

Dasar pengimportan kenderaan bermotor secara terkawal itu diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Berdasarkan dasar baru kerajaan, jangka hayat AP akan terpakai sehingga 31 Disember 2015.

Dasar itu merupakan antara intipati kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan oleh kerajaan pada Oktober 2009.

Selain pemansuhan AP, kajian semula DAN itu juga memerlukan syarikat-syarikat pengimpot kereta membayar caj sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk dan ini akan membebankan pengusaha bumiputera berkenaan.

Pelaksanaan caj sebanyak RM10,000 bagi setiap AP yang akan diperkenalkan kerajaan akan menyebabkan ramai pengimport kereta menanggung kerugian. Ini kerana banyak syarikat yang tidak mampu untuk menghabiskan kuota AP yang diberikan kepada mereka.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails