Monday, April 30, 2012

Alasan Bodoh dari Najib.. Sebab Kerajaan tak benarkan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka..



Dengan menggunakan alasan kononnya ada saksi yang mengatakan MUNGKIN penganjur akan gunakan Dataran Merdeka untuk tujuan politik dan menguasai Dataran secara berterusan.. Najib cuba menghalalkan tindakan Kerajaan UMNO/BN terhadap peserta..


MUNGKIN adalah sesuatu yang belum pasti.. tapi yang dah kena belasah itu pasti...

Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak dibenarkan untuk menggunakan Dataran Merdeka, Sabtu lalu kerana dikhuatiri pihak yang tidak bertanggungjawab akan menguasai tempat tersebut secara berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penolakan permohonan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menggunakan Dataran Merdeka juga adalah disebabkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.


"Kerajaan tidak benarkan Dataran Merdeka digunakan atas beberapa sebab. Antaranya ia merupakan satu tapak yang ikonik dan bersejarah dalam konteks perjuangan kemerdekaan. Kemudian, ada saksi (kata) mungkin penganjur akan gunakan (Dataran Merdeka) untuk tujuan politik mereka dan ada perancangan untuk kuasai Dataran secara berterusan. Dan akhir sekali, saya ingin mengelak demonstrasi jalanan yang akan beri kesan buruk," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Umno, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sehubungan itu, Najib berkata, cadangan kerajaan sebelum ini yang menawarkan beberapa tempat seperti Stadium Merdeka adalah bertujuan bagi mengawal situasi yang tidak diingini daripda berlaku.

"Kalau niat untuk himpun dan nyatakan pendirian mereka, stadium sesuai untuk suarakan pendapat mereka. Sesuai dengan pendirian kita iaitu 'benarkan suara bebas di negara kita' dan senang juga untuk dikawal," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga presiden Umno berkata, kemudahan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa merupakan salah satu pilihan yang dibenarkan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Jelasnya lagi, penggunaan air kimia dan gas itu adalah jauh lebih baik berbanding berlakunya pertempuran fizikal yang mampu mengakibatkan jumlah kecederaan lebih ramai.

"Pada hakikatnya, terdapat pihak yang mengatakan dari segi kesihatan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ialah pilihan yang tidak memudaratkan keselamatan dan (ia) lebih baik daripada berlaku pertempuran fizikal.

"Seandainya tidak bersurai, kes-kes fizikal dari segi kecederaan tentu jauh lebih besar dan parah dengan apa yang berlaku semalam (Sabtu)," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan Najib tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH dijalankan, Najib berkata:

"Tak ragu-ragu. Saya memang tak ragu. Kenapa saya perlu (ragu-ragu)? Saya perlu fikir masa yang lebih susuai," katanya.

Ketika ditanya lagi, adakah dengan himpunan BERSIH membuatkan pengumuman bila pilihan raya akan dilakukan semakin lambat, Najib berkata:

" Tak tahulah. Tengoklah dulu. Tunggu dan lihat," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Najib berkata pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan di ibu negara semalam.

Katanya, langkah itu bagi mengelak insiden itu daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan itu yang mana kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya.

Beliau berkata seramai 130 anggota perubatan termasuk 30 doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditugaskan untuk memberi rawatan segera kepada yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mengira fahaman politik.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut merupakan ujian pertama bagi anggota polis menterjemahkan tindakan mengikut undang-undang baru selepas kerajaan melaksakan transformasi politik termasuk pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selain memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini, Najib berkata tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails