Wednesday, April 4, 2012

Alahai Utusan.. Fitnah ni nak recycle berapa kali?


Mungkin kerana telah ketandusan isu untuk dijadikan bahan fitnah mereka Lidah Rasmi UMNO @ Utusan terpaksa mengkitar semula perkara yang mereka sendiri telah laporkan sebagai fitnah.


Hinggakan cerita pasal Wan Azizah dan Shamsidar tak bercakap pada tahun entah bilapun dijadikan berita..

 
Atau ianya adalah sebahagian dari agenda untuk menyakinkan rakyat bahawa gambar yang bakal didedah oleh Ummi Hafidla adalah benar kononnya..

Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkan gambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalu mengaibkan.

” Apatah lagi Azmin…dia abang saya, darah daging saya, saya tidak mahu dia diaibkan dalam keadaan begini tetapi nampaknya dia tidak serik-serik dengan perbuatannya itu – lagi sila baca di SINI

Hairan ya.. dulu gambar itu dikatakan mengaibkan tapi sekarang tidak..

Tujuannya hanyalah untuk menyakinkan rakyat bahawa sememangnya Anwar punya hubungan dengan Shamsidar..

Mungkin ada yang sudah lupa atau tak tahu bahawa fitnah Anwar dan Shamsidar ini telah disebar oleh seorang penulisbernama Khalid Jafri.

Kisahnya begini, seorang penulis bernama Khalid Jafri pernah menulis dakwaan kononnya Anwar telah bersetubuh dengan isteri timbalan presiden Keadilan, YB Azmin Ali bernama Shamsidar sehingga melahirkan anak perempuan bernama Hafifah.

Bagaimanapun, Khalid Jafri telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai memfitnah Anwar Ibrahim Kerana menulis dakwaan palsu berdasarkan bukti mahkamah yang menunjukkan bahawa DNA Azmin dan Shamsidar konsisten sebagai ibu bapa kandung Hafifah.

Bacalah print screen laporan dari Utusan dibawah ni..






Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails