Friday, April 20, 2012

Aktivis Bersih 3.0 ditahan di Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 20 April — Seorang aktivis Bersih 2.0 telah ditahan polis kerana menampal poster Bersih 3.0 di sekitar kawasan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di negeri terbabit awal pagi tadi.


 Tan Hong Kai, 21, dari Selangor telah ditahan ketika sedang menampal poster berkenaan kira-kira pada jam 2.30 pagi oleh pihak keselamatan universiti sebelum di serahkan kepada pihak polis kerana beliau bukan penuntut institusi pengajian tinggi berkenaan.

Menurut Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pulau Pinang, Lee Hui Fei, pihaknya sudah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tangkapan tersebut, namun sehingga kini, Hong Kai masih lagi belum dibebaskan.

“Peguam telah menghubungi IO (pegawai penyiasat) dan beliau memaklumkan Hong Kai akan ditahan atas kesalahan menceroboh kawasan universiti. Namun begitu, sehingga kini kami masih lagi belum menerima apa-apa berita kerana kami tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan balai polis,” katanya .

“Kami hanya menerima SMS daripada Hong Kai yang mengatakan dia ditahan polis selepas itu. Namun kami tidak tahu sama ada dia dibenarkan untuk diikat jamin ataupun direman,” jelasnya.

Tambah Lee, pegawai penyiasat telah mengambil keterangan daripada Tan pada jam 6.30 pagi tadi, namun pihaknya masih lagi tidak mengetahui status situasai tersebut.

Jelasnya lagi, tangkapan ke atas Tan itu adalah yang pertama untuk Bersih 3.0, walaupun Putrajaya telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk meneruskan rancangan mereka.

“Pihak polis diharapkan tidak melebihi kuasa kementerian kerana sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein telahpun memberikan ‘lampu hijau’ kepada Bersih 3.0,” katanya yang kesal dengan insiden berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan daripada Suaram, Tan dikatakan telah dibawa ke balai polis Sungai Nibong kira-kira jam 4.30 pagi sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails