Monday, April 9, 2012

Aishah bersama PAS, Dayangku Intan pula bersama PKR.. (Video Inside)


Penyanyi terkenal tanahair Aishah yang dulunya merupakan seorang yang kuat menyokong UMNO kini dilihat sudah mula tampil dipentas ceramah PAS.

Semalam pula heboh diberitakan seorang lagi Artis popular tanah air telah menyertai sebuah parti politik.

Artis yang dimaksudkan itu adalah Dayangku Intan atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang”.



Borang permohonan menyertai bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Video wawancara dengan Dayangku Intan..


Berikut adalah laporan dari Jalan Pulang

Dayangku Intan SAH Sertai PKR!

Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails