Tuesday, March 27, 2012

Polis dan Penganjur sahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong telah berbohong semalam..



Malaysiakini semalam melaporkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak akan membuat laporan Polis terhadap orang yang dituduh mengacu penumbuk ke mukanya dalam satu perhimpunan di Kajang.


Wee memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam bahawa beliau telah "memaafkan" orang yang cuba menumbuknya itu.

"Saya telah memilih untuk memaafkan mereka...," katanya

Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Wee Ka Siong itu hanyalah sebuah cereka untuk meraih simpati dan menunjukkan kepada masyarakat beliau adalah seorang pemaaf ini kerana tiada insiden seperti yang diceritakannya itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu.

Sama saja rupanya perangai Pemimpin-pemimpin yang ada dalam BN ini.. menipu dan terus menipu untuk berbagai tujuan demi kepentingan diri..

Lebih kurang sama saja dengan cerita yang Mamak Azeez buat semasa Pilihanraya Kecil apanama tah.. lintas kawasan penyokong Pakatan kemudian dimasukkan ke Hospital..

Kononnya telah diserang... kah..kah..kah.. cari idea lainlah kalau nak meraih simpati tu..

*******************************************

Wee tak diserang, kata polis & penganjur

NONEKetua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

Tun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina.

"Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat.

Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan.

Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya.

[Baca berita penuh]

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails