Tuesday, March 27, 2012

Video: Polis Traffik maut dilanggar bas di CIQ Johor Bahru..



Seorang anggota polis trafik yang dikatakan sedang bertugas untuk mengawal keadaan lalu lintas berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) maut dirempuh oleh sebuah bas sekolah yang dipercayai dipandu seorang wanita.


Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.55 malam (22 Mac 2012) semasa mangsa sedang mengawal lalu lintas berhampiran persimpangan pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura iaitu kira-kira 200 meter dari CIQ.

Menurut saksi kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Sebelum merempuh mangsa, pemandu bas terbabit terlebih dahulu melanggar sebuah lori dan kereta yang terdapat di situ.

"Disebabkan panik, pemandu wanita itu terus menekan pedal minyak menyebabkan bas berkenaan terus merempuh mangsa," katanya saksi - http://speakerpecah.blogspot.com




Berita berkaitan..

Pemandu bas wanita langgar mati anggota polis trafik didakwa

JOHOR BAHRU 26 Mac - Seorang pemandu bas wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis trafik pada malam Khamis lalu.

Wong Lin Chan, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Maslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 24 April ini.

Lesen memandu wanita itu juga digantung sehingga perbicaraan berkenaan selesai.

Lin Chan didakwa memandu dengan cara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kematian Koperal Ismayuddin Ismail, 50, dalam kawasan bangunan Sultan Iskandar pada pukul 11.35 malam, 22 Mac lalu.

Utusan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails