Thursday, March 1, 2012

Surat Mahathir pada Israel bukti kepura-puraan Mahathir



PETALING JAYA 1 Mac: Pendedahan mengenai surat ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel, membuktikan sikap kepura-puraan beliau selama ini, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


Ini kerana pada masa yang sama, kata Saifuddin, Dr Mahathir dan perdana menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Razak menjalinkan hubungan berterusan dengan Israel.

“Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin (baca di SINI), Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel ‘pada masa sesuai’ di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian damai.

Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih rakyat Palestin.

“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” katanya.

Jelas beliau, sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun.

“Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel,” katanya.

Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel sejak 2001, atau lebih awal dari itu.

Pada 2001 sahaja, Malaysia dikatakan mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.


http://www.keadilandaily.com/?p=27586

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails