Tuesday, March 13, 2012

Sekarang Siapa yang Bodoh? MB Pahang atau Wartawan?



Beberapa hari yang lalu dunia kewartawanan dikejutkan dengan sikap tidak bertamaddun yang ditunjukkan oleh MB Pahang, Adnan Yaakob kepada mereka dalam acara pembukaan Pesta Buku di hotel terkemuka di Kuantan.


Dalam kejadian tersebut, beliau yang hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu apabila melihat sekumpulan wartawan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu.

Video laporan sila lihat di ( SINI ) dan video penjelasan Adnan kenapa beliau bertindak begitu sila lihat di ( SINI )

Sekarang kita akan melihat dan menilai sendiri siapa yang lebih bodoh atau sememangnya bodoh..




Untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi

Difahamkan pelaburan STG Group terhadap Gold Coast Kuantan yang bernilai RM30 juta itu melibatkan pembinaan Hotel Mall, Resort dan Kondominium. Projek telah dilancarkan pada Jun 2009 dan 60% sudah pun ditempah oleh para pelanggan.

Maknanya, jika projek ini dibatalkan maka ia akan memberikan tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan pusat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang tergamak membawa masuk projek berisiko ke negeri ini menyebabkan pelaburan yang sepatutnya seperti dibidang perhotelan ini terpaksa menarik diri. Malah, difahamkan pihak agensi kewangan juga kini sudah menurunkan kadar pinjaman mereka kepada mana-mana pihak yang membeli aset-aset sekitar kawasan Balok, Cherating dan sekitarnya.

Ini menunjukkan mereka juga tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang bahawa Lynas adalah selamat.

Siapa bodoh?? MB Pahang atau wartawan?


*******************************************



Pemaju resort pertimbang tarik diri dari Gebeng

Sebuah syarikat pemaju hartanah sedang mempertimbangkan keputusan sama ada untuk menarik diri daripada projek membina sebuah resort dan perumahan bernilai jutaan ringgit berhampiran Kuantan berikutan pemberian lesen operasi sementara (TOL) kepada kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng.

Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, kata akhbar itu yang memetik Lee.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PKR Pahang Lee Chean Chung menimbulkan kebimbangan bahawa operasi berkenaan akan menjejaskan ekonomi di Kuantan.

"Kuantan adalah bandar pelancongan. Jika operasi memproses nadir bumi itu bermula, ia akan mempunyai kesan domino yang akan memberi impak yang tidak dapat dibayangkan ke atas ekonomi Kuantan. Ini termasuk pada ikan, makanan laut, sarang burung, perladangan, hartanah mahupun pelancongan," kata Lee.

Lynas diberi geran

Katanya, projek Kuantan Goldcoast di Sungai Balok yang juga bernilai jutaan ringgit Kuantan hanya terletak beberapa kilometer dari Gebeng, tempat Lynas mendirikan kilang mereka. Projek hartanah itu juga akan mewujudkan antara 500 dan 600 peluang pekerjaan dan sebahagian besar penduduk tempatan akan mendapat manfaatnya.

"Sebaliknya, Lynas hanya mampu mewujudkan kira-kira 200 peluang pekerjaan sehingga kini. Ia juga diberi taraf perlepasan cukai untuk selama 12 tahun dan tanah yang dibeli untuk tapak kilang itu di Zon Perindustrian Gebeng juga dikecualikan daripada duti setem.

"Di samping itu, kerajaan turut memberikan Lynas geran bernilai kira-kira RM1.2 juta untuk melatih pekerja Malaysia," katanya.

Lee (tengah) juga membidas Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan kerana enggan mengiktiraf bahaya akibat sisa yang ditinggalkan oleh kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak.

"Raja Aziz berkata bahawa Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data sejarah mengenai leukemia di kawasan itu. Oleh itu, katanya, tidak ada asas untuk membuat perbandingan bagi menentukan sama ada ARE adalah punca leukemia itu.

"Malah, tergamak beliau berkata oleh kerana seorang penduduk tempatan Lai Kwan (kiri) yang bekerja untuk sub kontraktor (dalam loji itu), anaknya, Kok Leong yang terencat itu, adalah tanggungjawab kontraktor berkenaan dan bukannya kerajaan .

"Adakah ini bermakna bahawa jika penduduk Kuantan berhampiran kilang Lynas yang mempunyai apa-apa penyakit akibat radiasi, kerajaan yang meluluskan kilang itu tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab?" soalnya.

Lee menuntut bahawa Raja Aziz memohon maaf bagi keceluparannya itu.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails