Monday, March 26, 2012

Rumah ADUN UMNO dirompak.. err.. depa kata negara ni paling selamat..



TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.


Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.

“Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam - Kosmo


*******************************************

YB panik pisau di leher

TANJUNG MALIM: “Saya panik apabila seorang suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi amaran supaya tidak bising,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang berdepan saat mencemaskan selepas kediamannya disamun sekumpulan penyamun bertopeng bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi di Taman Wang Setia itu, rumah teres dua tingkat didiami Mohd Khusairi bersama isteri dan empat anaknya dimasuki tiga lelaki bertopeng yang mengikat mereka.

Kejadian menyebabkan Mohd Khusairi sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 apabila beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya dilarikan.

Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak dan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidur apabila dikejutkan dengan bunyi bising sebelum keluar memeriksa dan mendapati tiga lelaki berada dalam biliknya.

“Seorang suspek mengacukan pisau pada leher saya sebelum mengikat saya dan isteri. Seorang lagi ke bilik anak lelaki saya di sebelah dan mengikatnya pada tiang katil. -hm

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails