Monday, March 19, 2012

Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: RM976.7 Juta Dana Rakyat masuk kepoket Kroni UMNO/BN?



Kebelakangan ini, ia telah menjadi tabiat Perdana Menteri untuk meluluskan urus niaga yang melibatkan kroni-kroni UMNO-Barisan Nasional (BN) yang bernilai berbilion ringgit, dan seterusnya ini telah mengukuhkan kebimbangan rakyat bahawa harga yang tinggi akan memberikan kesan perit kepada mereka.


Memburukkan lagi keadaan, kerahsiaan di mana semua urus niaga disembunyikan dan kekurangan ketelusan hanya menambahkan kecurigaan rakyat.

Penjualan konsesi lebuh raya ini adalah transaksi kedua pada bulan ini sahaja yang melibatkan penggunaan dana awam. Sebelum ini 1MDB membeli aset utiliti kuasa dari Kroni BN, Ananda Krishnan. 1MDB ini sudah tentu dikawal oleh Perdana Menteri, dan pembelian aset Ananda berjumlah RM8 bilion. Mengapa Najib sanggup untuk menghabiskan perbelanjaan yang begitu besar apabila 1MDB jelas kurang pengalaman dalam industri penjanaan kuasa?

Jumlah dana yang terlibat di sini ialah RM976.6 juta, yang merupakan empat kali lebih tinggi daripada yang NFC. Najib boleh berfikir bahawa dia boleh mengelakkan diri dengan kejatuhan NFC, tetapi perjanjian lebuh raya yang melibatkan jumlah dana awam yang besar akan memerlukan perhatian yang lebih mendalam dan Najib lebih baik bersedia untuk memberikan jawapan.

Secara ringkas apa yang perlu kita fahami dalam isu penjualan Lebuhraya Maju Expressway ini.

Kos keseluruhan pembinaan lebuhraya ini ialah RM1.32 Billion, bagi menampung sebahagian besar dari jumlah tersebut Kerajaan Malaysia telah memberikan geran yang sudah tentunya dari dana awam bernilai RM976.7 Juta kepada Maju Holdings Sdn Bhd.

Kekurangan dana bagi menampung kos pembinaan telah ditampung oleh Maju Holdings Sdn Bhd dengan menggunakan pinjaman dari bank yang berjumlah RM370 Juta.

Lebuhraya ini telah dijual pada harga RM1.7 Billion, oleh itu ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan.

Jika ini berlaku,selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta,bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion.

Apa yang aku nampak modalnya cuma air liur saja.. sebab RM976.7 Juta + RM370 Juta = RM1,346.7 Juta, dari jumlah ini terdapat lebihan RM26.7 Juta dari jumlah kos pembinaan yang berjumlah RM1,320 Juta..

Aku tak nampak pun ada modal dikeluarkan (betulkan kalau aku silap).. bestnya bussiness macam ni...

Berikut adalah kenyataan media dari Rafizi Ramli..
Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: Dana Rakyat RM976.7 Juta Perlu Dipulangkan Segera

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
18 Mac 2012 (dikeluarkan di Batu
Pahat)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails