Wednesday, March 21, 2012

Pengikut Twitter Najib 500,000, Facebook sejuta



KUALA LUMPUR - Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500,000 dan sejuta malam ini.


Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya," katanya.

Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke-500,000 dan sejuta.

"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500,000 dan sejuta?" katanya.

Semasa berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails