Thursday, March 8, 2012

Pemansuhan SBPA membuktikan dakwaan Najib tiada pendirian adalah benar..



Pengumuman pemansuhan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) oleh Najib hari ini, membuktikan bahawa dakwaan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang mengatakan Najib ini umpama lalang adalah benar.


Beberapa hari yang lalu Datuk Mohd Ariff ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah berkata "Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadbir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

"Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi, sepenuhnya sila baca di ( SINI )


*******************************************


PM: SBPA dimansuh, kembali ke SSM

SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini - Sinar Harian



******************************************

Penangguhan SBPA: Kronologi Ringkas
Artikel ini dipetik daripada blog Kempen guru Tertindas

SBPA Ditangguhkan Secara Rasmi!!! Disahkan Oleh Cuepacs Atas Keputusan Kabinet Malaysia!!

Harga barang telah pun naik sekarang ini mendahului pelaksanaan SBPA sekarang ini. Walaubagaimanapun sumber-sumber rapat mengatakan Kabinet memutuskan supaya SBPA ditangguhkan. Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah :

•Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini

•Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja)

•Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus

•1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA

•Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji

•Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Kronologi Terakhir Sebelum Keputusan SBPA Ditangguhkan.
Penangguhan SBPA yang diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam, 11 Januari 2012 :

•Pada 10 januari 2012 – Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari

•Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

•Pada 18 Disember 2011, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu

•Jabatan Perkhidmatan Awam membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember 2011 dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember 2011, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012 selepas pertemuan Cuepacs dengan Datuk Seri Najib Razak.

Antara kata putus disebalik keputusan SBPA ditangguhkan adalah seperti berikut :

•kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat

•kemungkinan besar, ekoran selepas SBPA ditangguhkan ini ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk perlaksanaan semula ataupun berkemungkinan besar selepas pilihan raya umum ke 13 nanti

UPDATE : Kenyataan Rasmi Daripada Cuepacs Mengenai SBPA Ditangguhkan Ini
Kemaskini pada pukul 3:14 petang 12 Januari 2012 :

•Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan melalui Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi.

•Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu.

•Setakat ini, belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan)

•SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan.

Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam yang mana merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2012

•Walaubagaimanapun Cuepacs tidak tahu berapa lama lagi kajian ini akan dijalankan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails