Tuesday, March 13, 2012

Patutlah tiba-tiba Pengerusi NFC dihadapkan ke Mahkamah.. ada agenda rupanya..



Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Pengerusi NFC telah didakwa dimahkamah semalam, sedangkan umum mengetahui bahawa kertas siasatan bagi membolehkan pihak pengurusan NFC didakwa di Mahkamah telah dikembalikan untuk kedua kalinya kepada pihak Polis oleh Jabatan Peguam Negara.


2 Mac 2012 lalu, mStar melaporkan kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) telah diserahkan kembali kepada pihak polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar .

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes tersebut bagaimanapun mereka tidak dimaklumkan sebab kertas siasatan tersebut dipulangkan.

Rupa-rupanya ini adalah sebahagian dari agenda UMNO/BN bagi mengelakkan ianya dibahaskan di Parlimen kerana jika ianya dibahaskan akan lebih banyak nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat akan timbul…

Suami Sharizat terpaksa dijadikan 'Kambing Hitam' atau dalam kes ini lebih sesuai dikatakan sebagai 'Lembu Hitam' untuk menyelamatkan ramai lagi pemimpin UMNO..

Dalam hal ini Pemimpin-pemimpin UMNO membuktikan dalam agenda mempertahankan kuasa yang ada pada mereka mereka sanggup memijak seorang kawan hatta ianya adalah seorang suami kepada rakan sejawat mereka..

Noh Omar mengesahkan agenda ini.. sila baca di bawah..


*******************************************

Noh cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah

Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

Sebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.

Semalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.

Medan terbaik

Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.

Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.

"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Menjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.

Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.

"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails