Thursday, March 8, 2012

Pasal apa Sharizat marah-marah ni?



Semalam dalam satu kenyataan media Puteri Lindungan UMNO (Nurul Izzah) telah menggesa agar Sharizat menjelaskan kepada rakyat adakah beliau memainkan sebarang peranan yang mempengaruhi keputusan sehingga menyebabkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah di Kampung Abdullah Hukum yang terbabit dengan perlaksanaan KL Eco City.


Puteri Lindungan UMNO itu juga menggesa supaya Sharizat menjelaskan adakah Sharizat bersikap sikap sambil lewa dalam membela nasib penduduk yang terbabit sejak sebuah syarikat usahama diwujudkan dalam tahun 2007, kerana ianya ada kena mengena dengan kepentingan keluarga beliau yang berhasrat membeli hartanah di KL Eco City.

Tapi apa yang dijawab Sharizat hanyalah merupakan satu ancaman pula terhadap Puteri Lindungan UMNO itu.. jawab Sharizat beliau tidak ada kena-mengena dengan projek pembangunan KL Eco City seperti dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar oleh itu segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah itu perlu dirujuk kepada pihak pengurusan KL Eco City.

"Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atau mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Kenapa Sharizat perlu marah-marah? Adakah bertanya dan meminta penjelasan itu merupakan satu fitnah sekarang ini??

Sebab Nurul Izzah aku tulis sebagai Puteri Lindungan UMNO korang bacalah di ( SINI )

Ini kenyataan Media dari Puteri Lindungan UMNO..

Penglibatan Dana Awam Dalam Pembelian Hartanah Di KL Eco City Memperlihatkan Ketidakpedulian Umno Kepada Nasib Rakyat Termiskin

Saya telah membawa isu pembangunan sebidang tanah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai yang mengenepikan kebajikan rakyat di dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas. Projek pembangunan hartanah mewah KL Eco City bernilai RM6 billion yang melibatkan SP Setia, DBKL dan syarikat milik Pergerakan Pemuda Umno ini telah mendapat perhatian ramai berikutan nasib yang menimpa penduduk-penduduk berpendapatan rendah yang mendiami tanah tersebut asalnya.

Pendedahan terbaru pada hari ini bahawa dana awam yang disalurkan kepada NFC telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah mewah di KL Eco City pada nilaian semasa yang mencecah RM12 juta mengundang pelbagai persoalan baru.

Pertamanya, tindakan suami dan keluarga seorang menteri kanan yang juga Ahli Parlimen kawasan yang terbabit membeli hartanah tersebut menimbulkan persoalan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di antara tugas seorang Ahli Parlimen dan kemahuan peribadi keluarga beliau.

Dalam kes pembangunan KL Eco City, ia melibatkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah yang tidak diberikan pampasan yang berpatutan. Sewajarnya nasib dan hak penduduk berpendapatan rendah ini dibela oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil agar syarikat pemaju yang besar seperti SP Setia memberikan pampasan yang sepadan.

Dengan pendedahan terkini, Dato’ Seri Shahrizat Jalil wajar menerangkan kepada rakyat sama ada beliau memainkan apa-apa peranan yang mempengaruhi keputusan sehingga menyebabkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah di Kampung Abdullah Hukum. Jika beliau mengambil sikap sambil lewa dalam membela nasib penduduk yang terbabit sejak sebuah syarikat usahama diwujudkan dalam tahun 2007, ia juga menimbulkan pertanyaan sama ada ini ada kena mengena dengan kepentingan keluarga beliau yang berhasrat membeli hartanah di KL Eco City.

Persoalan-persoalan moral ini adalah lanjutan dari isu yang saya bangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan ketidakpedulian pimpinan Pemuda Umno yang mendapat durian runtuh berjumlah RM75 juta daripada projek ini, sedang rakyat berpendapatan rendah dibiarkan tanpa pembelaan.

Kepimpinan Pemuda Umno terlibat secara langsung di dalam pembangunan KL Eco City dan tindakan pemindahan penduduk melalui syarikat YGP Holdings Sdn Bhd, yang merupakan rakan kongsi awal KL Eco City Sdn Bhd (iaitu pemaju yang juga anak syarikat SP Setia).




Pengarah-pengarah YGP Holdings Sdn Bhd termasuklah Ketua Pemuda Umno, Sdr Khairy Jalamuddin dan pimpinan Pemuda Umno seperti Dato’ Abdul Rahman Dahlan dan Dato’ Megat Firdouz Megat Junid.

Saya akan menunggu jawapan dari Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Umno mengenai penglibatan mereka di dalam sebuah projek yang meminggirkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah di Lembah Pantai, sementara rakan-rakan pimpinan KEADILAN yang lain terus mendesak pertanggungjawaban dari keluarga menteri yang menggunakan dana awam untuk membeli harta peribadi.


NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

7 MAC 2012

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails