Thursday, March 29, 2012

Noh ditanya apakah dasar Kementeriannya akan berubah jika PR berkuasa?.. err.. cantik jam Noh.. berapa harga?

Tengok jam dia..
Sebelum itu.. Gambar diatas adalah gambar Noh Omar yang dirakamkan ketika beliau menjadi tetamu dalam rancangan soal jawab di TV3 semalam..

Sesiapa yang menyaksikan rancangan tersebut pasti akan menyedari yang Noh Omar lebih banyak meletakkan tangan kirinya dibawah meja dari meletakkannya diatas meja..

Itu menyebabkan ada sahabat yang call aku suruh tengok jam dia.. pasal katanya mahal ooo...

Mahal jam ni... Brand 'Hublot'.. cuba korang cari paling murah berapa?

Soalan PR kuasai Putrajaya di majlis dialog Noh Omar


KOTA BHARU, 29 Mac: Setiap kakitangan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dikehendaki menandatangani kedatangan pada program bersama menteri di sini, pagi tadi.
Program itu dikenali Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri diadakan di Tanjung Chat dekat sini. Turut hadir Pengerusi Kada, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

Ketika dialog diadakan tiba-tiba Datuk Seri Noh Omar diajukan soalan antara lain berbunyi “adakah dasar kementerian akan berubah sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrjaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.”

Bagaimanapun menurut beberapa pegawai yang hadir, menteri tidak menjawab soalan tersebut, sebaliknya menjelaskan tidak mungkin Barisan Nasional (BN) tumbang di Putrajaya.

Sebaliknya sepanjang program berlangsung Noh menggunakan kesempatan memburukkan kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Dakwa mereka menteri terbabit lebih banyak mengapi-api isu perkauman dengan mengulangi kenyataan lama, PAS menjadi alat kepada DAP.

“Menteri juga memberitahu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada kakitangan di bawah agensi pertanian persekutuan mensabotaj kerajaan BN pada pilihan raya umum nanti,” kata mereka.

Pada sebelah petang Noh merasmikan program MoA Bersama Rakyat di padang awam Taman Guru di Pintu Geng. Ekspo pertanian itu berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Sementara itu sumber lain pula mendakwa Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) yang baru beroperasi di Tunjung bakal ditukar nama kepada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Wakaf Che Yeh.

TEMAN diwujud hasil cetusan idea Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri dan majlis pecah tanah dilakukan sebelum pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun TEMAN yang kini diurus di bawah FAMA disebut-sebut bakal dikendalikan pula di bawah Kementerian Luar Bandar bagi menyelaras gagasan Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia.

Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan RTC di Kota Bharu pada 4 Mei depan.


Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails