Sunday, March 4, 2012

Nak kembali berkuasa Najib minta maaf.. bila berkuasa inilah jadinya..

Kerana menyedari banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN semasa memerintah Selangor dan juga Kedah hingga mengakibatkan UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat kedua-dua negeri itu, Najib telah meminta maaf.

Menggunakan skrip yang sama kecuali ditukar nama negeri Najib berkata "Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan. - sepenuhnya sila baca di SINI

Perlu kita akui merendah diri itu satu sifat yang terpuji.. tetapi jika merendah diri hanya untuk meraih simpati ianya bukanlah satu sifat yang terpuji..


Mungkin Najib akan terus mengulangi skrip ‘Minta maaf dan sudah insafnya’ sehingga PRU tiba, jika masih tiada kesan beliau mungkin akan menambah lagi skripnya dengan tambahan ayat ‘Sedangkan Nabi S.A.W pun ampunkan Ummatnya.. takkanlah kita manusia biasa tidak boleh memaafkan sesama kita’..

Bagi Najib mungkin dengan meminta maaf dan mengatakan UMNO/BN sudah insaf akan ada rakyat yang lembut hatinya lantas memaafkan UMNO/BN lalu memberikan undi kepada mereka semula.

Tetapi beliau juga harus sedar bukannya semua rakyat Malaysia mudah diperbodohkannya sebagaimana pencacai UMNO diperbodohkan mereka.

Itu yang dilakukan Najib hanya untuk kembali berkuasa..

Berikut pula adalah apa yang dilakukan oleh BN apabila masih berkuasa dan yakin kuasa akan kekal ditangan mereka…

Bantuan untuk OKU yang dipotong mereka hanya kerana OKU tersebut menyokong pembangkang di Sarawak….



Sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengarahkan bantuan kerajaan kepada seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan warga maya.

‘Surat’ berkenaan dimuat naik di Facebook. Ia dikatakan dari "Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran), Sarawak" dengan tajuk: "Memberhentikan segala bantuan kerajaan - Encik Frusis Lebi dari Entualang Entawa, Sri Aman".

Surat yang dikatakan ditandatangani oleh Dagang itu mengarahkan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sri Aman supaya semua bentuk bantuan kerajaan untuk Frusis, yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya dalam surat itu, diberhentikan serta-merta.

"Ini adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri 2011," petik surat itu.

"Selain itu, beliau juga menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang."

Johnnie B Goode, yang memuat naik salinan surat itu pada Jumaat lalu, menulis di Facebook:

"Arahan tidak berperikemanusiaan dan tanpa malu dari Menteri Muda Pertanian Mong Dagang dari parti pemerintah untuk menamatkan secepat mungkin elaun OKU Encik Frusis Lebi kerana beliau secara terbuka menyokong pembangkang."

Artikelnya itu kemudiannya dikongsi lebih 1,300 pembaca di Facebook dan menerima reaksi negatif dari warga maya yang ternyata berang dengan tindakan berkenaan jika ternyata benar.

“Tidak manis bagi seorang Menteri Muda bertindak demikian terhadap seorang kurang upaya. Amal dan kebajikan tidak patut dicampur dengan urusan politik,” komen Sunny Ng.

"Ini kerja seorang yang gila," komen Simon Ritikos pula.

‘Surat’ bertarikh 8 Disember tahun lalu itu turut memuatkan apa yang didakwa sebagai tandatangan Mong.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya akan mengeluarkan satu kenyataan pada masa yang tepat," katanya.

Beliau juga enggan mengesahkan atapun menafikan sama ada surat itu dikeluarkan oleh dirinya atau pejabatnya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, Mong mengalahkan tiga calon lain - PKR, SUPP dan Bebas - untuk mengekalkan kerusinya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails