Tuesday, March 13, 2012

Hasil Transformasi Najib.. RM250Juta diguna bagi membolehkan Lapangan Terbang bertukar jadi Kolam Renang...



Banjir yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini adalah hasil dari projek pembesaran lapangan terbang yang bernilai RM250 Juta oleh kerajaan Pusat.


Berikutan hujan lebat yang melanda dalam beberapa jam air setinggi satu inci telah membanjiri Terminal Lapangan Terbang ini.

Jika hujan berlanjutan lebih lama dan lebih lebat tidak mustahil Lapangan Terbang ini akan ditranformasikan (pinjam ayat Najib) menjadi kolam renang pula..

Nak sabotaj kerajaan PR Pulau Pinang pun janganlah buat macam ni.. malu negara nih!!











Berikut pula adalah surat Guan Eng kepada Menteri Pengangkutan..

12 Mac 2012

YB Dato' Seri Kong Cho Ha
Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
Blok D5, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia.

YB Dato’ Seri,

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Berada Dalam Keadaan Yang Amat Menyedihkan

Merujuk kepada perbualan awal kita, saya ingin membawa perhatian YB Dato' Seri untuk perkara di atas.

Dalam 2- 3 minggu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ini berlaku disebabkan 3 sebab utama:

1. Projek pembesaran lapangan terbang sebanyak RM250 juta lewat daripada jadual

2. Kerja- kerja yang dijalankan tidak sempurna menyebabkan bukan sahaja berlaku kebocoran tetapi juga banjir. Apabila hujan, banjir bukan sahaja berlaku di luar tetapi juga sehingga satu inci di dalam terminal lapangan terbang.

3. Masalah ini menyebabkan gangguan yang sangat besar dan memberikan kesukaran yang tidak terhingga kepada pengguna lapangan terbang bukan sahaja terhadap perjalanan tetapi yang lebih teruk turut merosakkan barangan mereka.

Saya pasti YB Menteri akan bersetuju bahawa kejadian ini amat memalukan kepada negara kerana air setinggi satu inci telah membanjiri terminal lapangan terbang antarabangsa. Oleh kerana lapangan terbang memberikan gambaran yang pertama terhadap mereka yang memasuki Pulau Pinang dan yang lebih penting, Malaysia, saya menggesa YB Menteri untuk campur tangan secara langsung dalam menyelesaikan masalah ini.

Situasi yang memalukan ini adalah amat serius dan membuktikan kegagalan sistem keseluruhan projek ini. Oleh itu, adalah penting YB Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai perkara ini dan jika boleh YB Menteri datang dan melihat sendiri keadaan yang menyedihkan dan memalukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Saya sertakan surat ini dengan beberapa keping gambar sebagai bukti yang jelas untuk situasi yang buruk ini.

Ini adalah satu perkara yang menjadi kebimbangan negara dan saya amat berharap YB Menteri akan memandang perkara ini dengan serius dan dengan kepentingan.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails