Monday, March 19, 2012

Najib campur tangan kes saman Felda? (Video Inside)



Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.


Katanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

Menurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Campur tangan secara jelas

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.

Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Turut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka.

"Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa.

Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails